CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Norhayati Berahim. Show all posts
Showing posts with label Norhayati Berahim. Show all posts

Wednesday, September 10, 2008

Kasih Yang Tercalar

Sinopsis belakang buku:
Segalanya sudah dimaafkan, walau terlalu sukar untuk dilupakan.
Lelaki itu hampir hilang segalanya, keluarga, maruah dan pertimbangan diri ... puncanya ... dia sendiri tidak pernah mengerti.




Mengisahkan perkahwinan Lutfil Hadi dan Ghina yg diuji dengan ujian berat yang hampir memusnahkan perkahwinan mereka yg sudah menjejak usia 16 tahun. Hadi lupa diri dan keluarga angkara Habibah@Baby, seorang GRO mata duitan yg sanggup menggunakan ilmu hitam dengan bantuan ibunya dan bomoh Jali untuk menggoda lelaki hingga mereka lupa segalanya.

Habibah menjadi GRO kerana wang dan kemewahan manakala teman serumahnya Kalsum terjebak dengan pekerjaan itu demi untuk menyara anak dan keluarga selepas berpisah dengan suami. Perkenalan Kalsum dengan Razak seorang bekas askar pencen banyak menyedarkan Kalsum tentang keberkatan rezeki yang halal.

Hadi digambarkan seorang suami yg penyayang, tinggi ilmu agama, ayah yg budiman dan segalanya yg didambakan pada setiap lelaki. Malangnya kerana seorang perempuan, Hadi hilang pertimbangan. Isteri dan anak-anak diabaikan, kerana di mata dan hatinya hanya ada seorang perempuan yang bernama Habibah. Malahan orang tua yang amat dihormati dan dikasihinya pun turut dikasari.

Ghina amat kecewa dengan perubahan Hadi, kekuatan semangatnya adalah anak-anak, Farhana dan Qayyum serta teman baiknya Lucy yg tidak putus memberi nasihat dan dorongan. Hadi yang sudah dikuasai ilmu hitam sanggup mengasari anaknya Farhana dan keluar dari rumah untuk tinggal bersama Habibah. Kalsum yg marah dengan tindakan Habibah membawa Hadi ke rumah sewa mereka, nekad keluar rumah dan akhirnya berkahwin dengan Razak tanpa mengetahui bahawa Razak adalah business yang berjaya dan kaya raya.

Setelah puas mengikis harta Hadi hingga disaluti emas permata, Habibah berkenalan dengan Magnus, seorang ejen yg mengaku sedang mencari pelakon untuk filem luar negara. Habibah yg gilakan glamour sanggup meninggalkan Hadi dan memberi Magnus wang 100 ribu ringgit untuk membolehkannya menjadi bintang yg terkenal.

Setelah mendapat wang, Magnus akhirnya meninggalkan Habibah dengan alasan produser tidak mahu artis yang mempunyai latar belakang yg tidak baik, apatah lagi pernah menjual tubuh dan tinggal serumah dengan lelaki. Habibah pulang ke kampung untuk mengajak ibunya Mak Jah menemui bomoh Jali, terkejut pabila mengetahui ibunya sudah meninggal dunia. Kematian ibu dan perbuatan Magnus yang menipunya, menjadikan Habibah seperti hilang arah, hingga akhirnya dia ditemui mati kerana terjatuh dari kondo mewahnya.

Berkat doa dan solat hajat yg dilakukan oleh Ghina dan seluruh ahli keluarganya, membebaskan Hadi dari ilmu hitam yang menguasainya selama ini. Namun bukan mudah untuk Ghina dan ahli keluarganya menerima perbuatan Hadi yang masih membekas di hati mereka. Namun Ghina sedar tidak ada manusia yg dapat lari dari kesilapan dan tiada salahnya untuk diberi peluang yg kedua, semoga masih ada sinar kebahagiaan dalam keluarga mereka.

Kedatangan Lucy, adiknya Tony, Bibik Mok dan anaknya David untuk mengembalikan wang Hadi seratus dua puluh ribu ringgit merungkai satu cerita bahawa Magnus adalah David yg menyamar untuk mengenakan Habibah. Mereka bersatu untuk mengembalikan keharmoniaan keluarga Ghina yg terlalu banyak berbudi kepada mereka selama ini. David dan Lucy juga bersatu akhirnya sebagai suami isteri.

Sumber : Library MOF

Sunday, August 31, 2008

Seindah Derita

Sesekali, bukan tidak dikutip cebisan-cebisan silam... malah ada kalanya menjentik-jentik ruang fikir. Sejarah dipermainkan... andainya itu sekadar untuk mematangkan ... terima kasih kerana berjaya membentuk Hardina hari ini. Hardina yang sedar diri. Hardina yang tidak mudah lupa diri.



Mengisahkan kegigihan Hardina anak seorang ustaz yg pernah menjadi jaguh tenis di peringkat Asean dan kini mengusahakan sebuah cyber cafe, kedai kek & roti. Dahlia bertugas sebagai guru merupakan teman serumah yg dikenali sejak zaman persekolahan manakala Azimah adalah teman baik yg dikenali sejak di universiti.

Azimah anak seorang yg berada yg agak liar, kemudian bertukar menjadi baik setelah mengenali Hardina dan Imran, bekas teman lelaki Hardina dan akhirnya menjadi suaminya. Segalanya bermula apabila Azimah disahkan menghidap kanser. Kesetiaan Imran terlerai akhirnya dan memilih untuk berkahwin dengan Serina, bekas setiusahanya.

Johan, seorang doktor yang membuka klinik di hadapan kedai Hardina. Diperkenalkan oleh Faiz, adik Johan yang baik dengan Hardina tanpa mengetahui rupanya mereka pernah berkawan dan berkasih sewaktu zaman persekolahan. Johan memutuskan perhubungan dengan Hardina kerana ego dan janjinya terhadap kawan2nya, w/pun jauh di lubuk hatinya amat menyayangi dan menyintai gadis tersebut.

Pertemuan itu makin menyemarakkan rasa cintanya terhadap Hardina, namun malu untuk mengakuinya. Sementara itu, orang tua Johan ingin menyatukan Johan dengan Diana,seorang anak ustaz yang pernah membantunya sewaktu menunaikan ibadah haji. Johan menghubungi Diana meminta supaya menolak jodoh mereka tanpa menyedari bahawa perempuan itu adalah Hardina sendiri.

Jiwa Hardina semakin parah dan bernanah dengan kepuraan Johan ... namun tetap melayannya dengan baik sebagai sahabat. Setelah Johan mengetahui Diana adalah Hardina, kesalnya membukit kerana melukakan buat kedua kalinya.

Sementara itu, penyakit Azimah semakin teruk setelah Imran berkahwin lain. Namun berkat keprihatinan Hardina yang tidak putus2 memberikan semangat, akhirnya Azimah minta dilepaskan dan berazam memulakan hidup baru.

Hubungan Hardina dan Johan juga bertambah baik kerana Johan sebagai doktor banyak memberikan buah fikiran dan sentiasa menemani Hardina untuk membantu Azimah. Keajaiban Tuhan, penyakit Azimah kian pulih berkat kekuatan semangatnya, dan perhubungan Hardina dan Johan membawa ke tali pertunangan.