CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 7, 2008

Kerana Terluka - Aida Adriani


Sinopsis belakang buku:

NUDRA HANEEM... hidupnya sering saja diduga. Bahagia baginya bagaikan bintang yg bertaburan di langit; indah tetapi tidak tergapai dek tangan. Sedari kecil hidup tanpa kasih sayang ibu & ayah, sekadar menumpang kasih org dan bila dewasa, kasih dan cintanya diuji lagi.

Kehadiran ISKANDAR memberikannya kebahagiaan di saat diri memerlukan perhatian. Namun rahsia keluarga yg tersimpan sekian lama telah menguji kasih Iskandar padanya. Antara kasih ibu dan kasih kekasih yg manakah harus dikorbankan? demi maruah, demi agama, sanggupkah cinta jadi taruhan?

"Cinta bukan matematik Nudra. Satu cinta bahagi dua bukannya setengah.""Saya juga bimbang Is, kalau kekuatan saya hilang dalam keadaan payah begini."bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Ah... tapi tidak selamanya hati teguh andai cinta terus-terusan diuji. Sekali terluka parutnya tinggal sampai bila2. lalu apa lagi yg terbaik selain nekad mengikut kata hati? Kerana... itu adalha lebih baik daripada merelakan diri hidup bahagian dalam kepura-puraan!

Satu novel yang menarik ... walaupun sesekali geram sangat dgn watak Iskandar yg tak teguh pendirian dan juga ibunya Dr Mardiah ...

Nudra Haneem... hanya nama itu yang mengisi ruang hati Iskandar sejak sekian lama. Cinta yang bersemi di hati ingin sekali dibajai. Gadis idaman ingin sekali dimiliki.

Nudra tinggal bersama neneknya Wan Anum Sophia,, tokey kedai emas yg kaya raya. Nudra yg disangka lahir dari perbuatan sumbang anaknya, dibenci sepenuh hati, manakala Nabila cucu dari anak bungsunya Shahirah, ditatang bagai minyak yg penuh. Nudra ni baik, terlalu baik sehingga boleh diperkotak katikkan sesiapa saja. Dia sentiasa bersikap menerima saja apa yg ada.

Kerana sekeping poskad dari Iskandar yg belajar di luar negara, neneknya naik darah dan menghantar Nudra ke rumah tuk ayah, adik iparnya yg mempunyai pondok pengajian agama di kampung. Nudra sangat disayangi oleh tuk ayah. Iskandar yg ingin mendekati Nudra, memilih utk belajar agama di pondok tuk ayah. Iskandar akhirnya melamar Nudra dan lagi sebulan utk mendirikan rumahtangga.

Namun angkara nenek Sophia yg memberitahu keluarga Iskandar Nudra adalah anak sumbang mahram, Dr Mardiah, ibu Iskandar nekad memutuskan pertunangan. Apatah lagi pak Long Nudra bernama Safuan tiba2 muncul dan mengaku bahawa Nudra adalah anaknya. Namun ibu Nudra, Munirah berasakan bahawa Nudra adalah anaknya yg sah bersama suaminya Eusof yg kini hilang membawa diri kerana tidak disukai oleh nenek Sophia.

Syamer, sepupu yg rapat dengan Nudra pernah memberitahu Munirah bahawa ia menemui seorang lelaki di Amsterdam bernama Eusof dan menunjukkan gambar perkahwinannya dengan Munirah. Munirah meminta Syamer mencari Eusof kerana hanya Eusof yg boleh membuktikan Nudra adalah anaknya yg sah. Syamer kembali ke Amsterdam, malangnya Eusof sudah meninggal dunia. Namun Iskandar dan Nudra lega pabila mengetahui bahawa Nudra adalah anak Munirah-Eusof.

Iskandar kembali melamar Nudra. Ibunya akur dlm terpaksa & dia mahu Iskandar merahsiakan perkahwinan itu. Iskandar di KL dan Nudra di Muar. Setiap kali Iskandar ingin menemui Nudra, bermacam2 halangan dan alasan yg dicipta oleh ibunya.
Kemudian, ibu Iskandar memaksa dia mengahwini Melissa, sepupunya yg baru kembali ke agama Islam setelah sekian lama menghilangkan diri bersama ayahnya ke luar negara. Iskandar seperti separuh hati saja menolak. Dgn izin Nudra, dan tanpa pengetahuan Lissa, Iskandar memadukan dua wanita itu.

Iskandar memberi alasan dia mengahwini Melissa kerana dia tak mahu melukakan lagi hati ibunya yg pernah dilukainya dgn mengahwini Nudra. Lebih sedih lagi, Melissa ni dihantar belajar mengaji dan mendalami agama di rumah Nudra. Kesian Nudra menahan rasa setiap kali tengok Melissa mesra dgn Iskandar. Iskandar pun layan jer dan buat2 mcm tak ada apa2 dgn Nudra. Melissa yg tidak mengetahui cerita sebenar sgt menghormati dan menyayangi Nudra.

Kerana sukar berulang alik, Iskandar menyewakan rumah di Shah Alam untuk Nudra. Namun jarang menemui Nudra. Balik dari perkelahan di Bentong, Iskandar tiba2 saja menghilangkan diri (dengan alasan atas arahan ibunya yang tak mahu dilukai lagi setelah melukai hati wanita itu semasa mengahwini Nudra). Nudra ditinggalkan begitu saja tanpa khabar berita. Akhirnya Nudra mengetahui bahawa Iskandar ada di Jerman. Talian telefon rumah Nudra dipotong tanpa pengetahuannya dan kemudian dihalau dari rumah sewa dengan alasan adik tuan rumah ingin menginap di situ. Nudra terpaksa kembali ke rumah tuk ayah dan membuka butik pakaian bersama Hannah dengan modal dari Munirah.

Sementara itu setelah 5 bulan Iskandar di jerman, dia terasa rindu pada Nudra lalu kembali ke rumah Nudra (Lissa yg sedang sarat mengandung ditinggalkan di luar negara). Nudra marah tapi kerana sayang dan cintanya dengan Iskandar, dia menerima alasan Iskandar yg kononnya dipaksa ke luar negara oleh ibunya. 4 hari di Malaysia, Iskandar kembali ke Jerman tanpa mengirim sebarang berita utk Nudra.

Nudra pregnant selepas kembalinya Iskandar ke Jerman. Iskandar hanya mengetahui kehamilan Nudra yg kini sudah 5 bulan sewaktu menghubungi Nudra semasa hari raya. Iskandar dan Melissa kembali ke Malaysia tetapi Nudra hanya dikunjungi sebulan selepas itu kerana Lissa yg ingin bertemu Nudra. Nudra menerima kembali Iskandar walau banyak janji yg dimungkiri oleh Iskandar setelah mengetahui Lissa kehilangan anak dlm kandungannya kerana terjatuh sewaktu Iskandar balik ke Malaysia tempohari.

Nudra kembali menyewa di Shah Alam supaya mudah Iskandar menemuinya. Pertengkaran antara Iskandar dan ibunya membongkarkan segala rahsia kepada Melissa. Melissa tidak dapat menerima hakikat dia dibohongi oleh lelaki yg baik seperti Iskandar dan bermadu dgn Nudra. Dia mahu Iskandar membuat pilihan, tetapi Iskandar menyayangi kedua2nya. Melissa melarikan diri ke JB dan bertemu dengan Nabila yg kini sudah menjadi penagih dadah akibat angkara teman lelakinya.
Nudra menasihati Iskandar supaya memujuk dan mencari Melissa di JB. Semasa Iskandar di JB, Dr Mardiah ke rumah sewa Nudra utk mencari Iskandar. Semasa itu Nudra mengalami ketegangan dan kesakitan di perut. Semua kemarahan dan kebencian Dr Mardiah hilang melihat kesakitan yg ditanggung oleh Nudra lalu menolong menghantarnya ke hospital. Nudra dibawa pulang dan dijaga oleh ibu Iskandar.
Sementara itu Iskandar gagal memujuk Melissa kembali dan memberikan keizinan Melissa utk menenangkan diri. Melissa tinggal di rumah Nabila dan berusaha memujuk Nabila utk kembali ke pangkal jalan dan berubat di rumah pemulihan. Nabila insaf dan bersetuju utk memulihkan diri.
Shahirah, ibu Nabila telah mengakui kepada nenek Sophia bahawa Nabila adalah anak sumbang mahramnya dengan Safuan, yg menjadi tempat pemuas nafsunya kerana suaminya Hasani adalah suami yg lemah tenaga batin. Dia memfitnah Munirah kerana takut rahsianya terbongkar. Sejak itu, nenek Sophia sering jatuh sakit dan menyesali perbuatannya yg zalim kepada Munirah dan Nudra.
Nudra selamat bersalin anak lelaki diberi nama Lukmanul Hakeem ... semasa berpantang, nenek Sophia dan Syamer berkunjung ke rumah ibu Iskandar utk memohon maaf atas segala salahnya pada Nudra. Melissa kembali ke rumah utk meminta maaf terhadap Iskandar dan nekad utk meminta cerai kerana ingin menjaga ayahnya yg uzur di Perancis. Melissa rela berkorban kerana ingin menebus dosanya kerana merampas hak Nudra selama ini.

1 comments:

Unknown said...

saya suka sangat novel kerana terluka ny....