CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 2, 2008

Tiada Batasan Sayang

Sudah tidak ada air mata untuk ditangisi lagi. Sudah hilang segala duka nestapa. Perjalanan hidup ini walau penuh derita, harus diharungi. Pahit getir, suka duka tidak akan membataskan rasa sesama manusia. Kasih sayang yang diberi tidak pernah dicurigai. Kerana gadis yang bernama Balkish itu percaya, satu masa dan satu ketika dia pasti dihargai.



Kisah kehidupan Balkish sebagai gadis yang sederhana dalam menjalani hidup sebagai anak kampung yang berwawasan tinggi, penuh dengan harga diri yang tinggi, berbeza dengan watak Jamiah, adik kepada Balkish yang mempunyai sikap kontra. Balkish seorang lulusan universiti tetapi memilih tinggal di kampung menjaga lembu-lembu dan estet peninggalan keluarga bersama dengan mak ngah Zaidah, manakala Jamiah memilih untuk berhijrah ke kota.

Ayah Balkis (Zahidin) dipenjarakan atas kesalahan yang tidak dilakukan dan meninggal dunia di saat hampir hari pembebasan. Ibu Balkis yang sabar menanti kepulangan suami menjadi hilang ingatan akibat tidak dapat menerima hakikat penantiannya selama ini hanyalah sekujur tubuh suaminya.

Nicholas alias Fauzul kembali ke Malaysia untuk mencari sesuatu yang yang telah lama ditinggalkan. Ayahnya mati ditembak dan ibunya terus membawa mereka pulang ke New Zealand tanpa sempat menatap wajah terakhir ayahnya. Fauzul kembali untuk menagih jawapan kepada siapa pembunuh ayahnya dan kenapa ibunya tergesa-gesa meninggalkan Malaysia selepas tragedi itu.

Perkenalan Fauzul dengan pakcik Balkish dan Balkish sendiri membuka sedikit ruang persoalan kepada mindanya selama ini bahawa ibunya telah melakukan pembohongan. Tinggal bersama pakcik Balkish juga membuka pintu hati Fauzul untuk lebih mendekati Allah dan beribadah kepada-Nya.

Datin Seri Aida pula membawa diri mencari kebenaran setelah lama hidup dalam kesesatan. Tanpa disedari akhirnya dia tersadai di estet milik Balkish, dan penemuannya dengan Balkish membawa kepada cahaya yang dicari selama ini. Beliau nekad untuk menjual semua saham-saham yang dimilikinya, seterusnya membina surau dan madrasah di kampung Balkish.

Suami Datin Seri Aida( seorang datuk tapi lupa nama) yang keliru dengan sikap isterinya telah menculik Balkish kerana merasakan Balkish yg telah menghasut supaya menjual segala harta-harta yang ada. Balkish telah didera dan dipukul, namun tidak pernah mengaduh kesakitan, sebaliknya sentiasa memberi nasihat dan peringatan2 Allah dalam Al'Quran. Tertarik dengan keperibadian Balkish, Datuk mengugut Balkish supaya mengahwininya atau tidak akan berpeluang untuk berjumpa kembali dengan ibunya sekiranya menolak.

Kepercayaan Balkish terhadap Allah, dan demi ibunya Balkish bersetuju dengan perkahwinan itu. Namun berkat doa Fauzul, datuk membatalkan perkahwinannya di saat akhir dan percaya perkahwianan itu bukan satu2nya jalan untuk dia berubah.

Akhirnya, Datuk kembali kepada isterinya Datin Seri Aida, manakala Fauzul mengikuti kursus keagamaan sebelum mengambil Balkish sebagai isterinya yang sah.

Sedikit tambahan :
Mama Fauzul digambarkan seorang yg amat kasar dan garang, manakala bapa Fauzul terkenal dengan sifat playboy kerana tertekan dengan dengan sifat isterinya. Sebenarnya, bapa Fauzul ditembak oleh isterinya sendiri yg geram kerana suaminya suka dengan adik bapa Balkish iaitu makcik Zaidah, malangnya bapa Balkish yg dituduh kerana ia berada di situ semasa kejadian. Kerana itu mama Fauzul bergegas ke luar negeri selepas kematian suaminya.

0 comments: