CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 24, 2008

Ranggau


Sinopsis:

SATU pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau?


Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat.

Komentar :
Pada awal cerita, diceritakan kehidupan dan keluarga Rusdi sejak kecil. Rusdi kehilangan adik perempuan kerana mati lemas di sungai semasa kecil lagi. Banyak juga peristiwa aneh dan ilmu hitam yg diceritakan oleh penulis. Watak Ayah Rusdi juga diceritakan berhadapan dengan ilmu hitam. Ketika membaca novel ini, difahami bahawa Ranggau adalah perantaraan yg dihantar untuk menyakiti seseorang dengan menggunakan ilmu hitam. Ranggau adalah istilah bahasa Sabah. Banyak diselitkan bahasa asing seperti Sabah dan bahasa Brunei dalam dialog watak2 novel ini.

Cerita Ranggau dikategori cerita pembunuhan seram kerana ia berkisarkan pembunuhan bersiri gadis2 yg berlaku di Sabah. Mayat2 yg dijumpai didapati kehilangan mata dan buah pinggang. Pada mulanya ia disabitkan sebagai perbuatan pemujaan.
Rusdi terlibat dalam penyiasatan pembunuhan kejam itu apabila seorg gadis kaya, Ursula telah memintanya mencari adik perempuannya, Janet yg hilang. Ayah Ursula, Tuan Gimbang seorg tokoh perniagaan terkenal tidak mahu melaporkan pada pihak polis. Ursula mengupah Rusdi untuk menyiasat apabila tertarik membaca novel penyiasatan Rusdi dan menyangka Rusdi mempunyai kebolehan menyiasat.

Ursula bercinta dengan Dr Zahid, namun Tuan Gimbang kurang menyukai Zahid. Tuan Gimbang banyak disedarkan oleh Rusdi tentang nilai2 hidup, dan mereka kerap berbual.
Banyak halangan yg berlaku semasa penyiasatan. Rusdi berjaya mengesan lelaki terakhir yang ditemui bersama Janet iaitu Kim. Menyedari ia menjadi buruan, Rusdi dipukul oleh Kim dan dicampakkan ke gaung, namun diselamatkan oleh Farhana. Kim berjaya ditangkap tetapi mati akibat disuntik racun oleh seseorang sewaktu ditahan di wad. Inspektor Solehin kawan baik Rusdi yg ditugaskan penyiasat kes tersebut juga dibunuh kejam.
Kim adalah seorang upahan seseorang yang mencari mata dan buah pinggang utk pasaran gelap. Asalnya Kim adalah Boon Ching yang menjadi buruan polis kerana mengedar dadah. Boon Ching diselamatkan dan diubah identiti utk menjadi orang suruhan. Namun siapa tuannya terus menjadi rahsia dengan kematian Kim.
Hubungan Dr Zahid dan Ursula agak berantakan kerana Doktor Zahid mencemburui Rusdi yang sentiasa bersama Ursula. Dr Zahid mengajak Ursula berkahwin, tetapi Ursula membantah kerana tengah sibuk mencari Janet. Kerana berdendam, tak disangka Doktor Zahid yg berwatak perikemanusia rupanya tiada perikemanusiaan. Doktor Zahid yg merancang semua, memberi wajah dan hidupan baru pada Kim, membuka klinik untuk membantu golongan miskin tetapi bersekongkol dengan Yahudi bernama Benjamin. Dia membunuh Tuan Gimbang dan mengaku Janet sudah mati serta hampir meragut nyawa Ursula, kekasih hatinya sendiri.
Ursula dibiarkan terkurung di ruang bawah tanah rumahnya, banglo dan kliniknya dijual sebelum melarikan diri ke luar negara. namun niatnya tidak kesampaian kerana rahsianya terbongkar lebih awal dengan penemuan Ursula di rumahnya oleh Rusdi dan Farhana. Dr Zahid mencari buruan polis dan meminta bantuan rakannya Benjamin utk menukar identiti menjadi Dr Aiman, seorang lagi mangsa tangan kejamnya.

Ending cerita, Doktor Zahid mati ditangan rakan subahatnya sendiri apabila pembedahan plastik menukar wajah org lain tidak berjaya. Rakannya juga Benjamin mati dibunuh kerana gagal melaksana tugasnya pada seorang penjenayah kejam.

0 comments: