Sinopsis buku :
Masih terasa manisnya detik bulan madu pabila secara tiba2 Hakim pergi meninggalkannya. Pergi begitu sahaja, tanpa pamitan, tanpa sebarang pesan. Lalu kepada siapa lagi harus dia bergantung harap? Kepada siapa lagi harus dia mengadu nasib? Apakah sepanjang usia dia harus menggendong duka ini?
Syafika sedar, air mata bukan penyelesai masalah. Tangisan juga tidak mampu merungkai segala kekusutan. Adakala dia tidak setabah itu utk menghadapi berseorangan. Ada ketika dia tewas juga.
Tatkala hati masih dibalut lara, muncul insan lain yang sudi menjadi pengganti. Namun, cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam dan tidak mungkin padam. Rindunya masih ada dan tetap menyala. Tapi dia sedar, perjalanannya masih terlalu jauh. Dia tidak harus karam dalam badai kerinduan ini. Dia tidak harus hanyut dalam arus cinta yg bukan miliknya lagi. Akhirnya, dia nekad utk menerima.
Sayangnya di saat kelukaan hampir pulih dan hati mula belajar utk menyayangi, hatinya dilukai. Kecewa dgn apa yg terjadi, dia nekad melarikan diri. Dalam pelarian itu, dia mula merasakan sesuatu, dlm benci, kiranya masih ada rindu buat si dia. Dan tanpa disedari, bibit2 cinta mula bersemi di hatinya.
Mengisahkan Syafika yg mengahwini Hakim semasa masih belajar di universiti. Akibatnya dia tidak diakui anak oleh ibunya sendiri. Dengan diwalikan ayahnya Sharifuddin dalam satu majlis ringkas di rumah, Syafika sah menjadi isteri Hakim.
Shafika bahagia bersama Hakim apatah lagi ibu dan ayah mertua, Hajah Noraini dan Haji Baharin menerimanya dengan baik. Dua bulan selepas perkahwinan, iaitu semasa hari jadi Syafika, Hakim meninggal dunia di pangkuan Syafika semasa bulan madu mereka di Lanjut Beach Resort akibat diserang asma.
Kematian Hakim mengejutkan semua, apatah lagi Syafika yg seolah2 berada di awangan, tidak dapat menerima hakikat kematian Hakim. Hakim juga tidak sempat berjumpa abang kesayangannya Hadi yang baru tiba dari luar negara.
Hadi dan kaum keluarganya berusaha untuk membawa Syafika keluar dari belenggu kesedihan, tapi tidak berhasil. Hinggalah Syafika bermimpi didatangi Hakim dengan muka yg sedih tanpa sebarang ucapan. Seolah tersedar dari lena, Syafika merasakan kesedihan Hakim berpunca dari dirinya yang seolah hilang ingatan dan tidak pernah menyedekahkan doa dan Fatihah buat Hakim.
Syafika bangkit dengan semangat dari abang iparnya Hadi yg sentiasa memberi nasihat. Pabila Syafika disahkan mengandung, Hadi memberikan sepenuh perhatian kepada Syafika kerana di hatinya mula timbul bibit- cinta terhadap Syafika. Akibat perhatian yg berlebihan, hati Syafika juga mula berputik sayang terhadap Hadi.
Selepas melahirkan Adam, Hadi bertindak sebagai seorang ayah kepada anak Syafika. Hadi meluahkan perasaannya, payah utk diakui Syafika, tapi di hatinya turut berlagu sayang. Namun Syafika meletakkan syarat utk berkahwin selepas Adam dapat berjalan. Sewaktu hampir masa tersebut, Hadi hampir melakukan sesuatu yg amat melukakan Syafika. Akibatnya, Shafika minta izin keluar dari rumah dan menumpang di rumah kakaknya Syawani dan sepupunya Nora.
Puas Hadi merayu kemaafan, tapi Syafika memerlukan masa utk melupakan. Di saat hatinya mula sejuk, Hadi pula berjauh hati dengan sikap Syafika. Setelah masing2 meluah perasaan, Hadi dan Syafika berbaik kembali dan merancang utk berkahwin.
Selain Hadi, Syafika juga turut dicintai dalam diam oleh sepupunya Imran. Melihat Syafika semakin rapat dengan Hadi, Imran menjalinkan hubungan Nasya, seorang gadis bandar yg moden. Dengan kesungguhan Nasya yg mula berubah kepada gadis yg bertudung dan lemah lembut, Imran bersetuju bertunang dengan Nasya.
Sewaktu pertunangan Imran, Syafika berjumpa ibunya dan memohon kemaafan. Rupanya Zaleha juga telah lama menyesali perbuatannya tapi malu utk mengakui betapa kasih sayangnya kepada Syafika tidak pernah luntur. Syafika bahagia dengan perkahwinannya dengan Hadi dan diterima kembali ke dalam keluarganya kembali.
3 comments:
ada nama hadi dan hakim.. nama ipar2 saya tu..
tapi nama sebenar ipar saya radhi dan hakeem
Cerita dye mmg best....pluss sdih....novel dye da lme ilang ilang mse banjir dlu....cri2 x jmpa...x bosan baca novel ni...ulang2 baca pon msih still sdih...
Post a Comment