CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 2, 2008

Bicara Hati

Sinopsis dari belakang buku :


Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang dilanda buntu memikirkan cadangan ibunya yang ingin menjodohkan dirinya dengan seorang wanita pilihan yang bernama Linda. Seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran mula berkira-kira untuk meminta pertolongan wanita bertudung itu seterusnya menjadikan ia sebagai alasan agar tidak dikaitkan lagi dengan Linda. Biarpun Zahlia juga tidak pernah menarik minat di hati nuraninya, melihatkan wajah yang teduh dan penuh kelembutan itu telah menyebabkan Tengku Syahran sanggup menawarkan wang agar permintaannya di terima.Di samping itu, Tengku Syahran turut berjanji yang hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu sekiranya Zahlia sudi membantu.

Mungkin sudah takdir, dalam keterpaksaan keadaan, Zahlia menerima tawaran tersebut bersama hati yang berat. Namun ada beberapa syarat yang di kenakan dalam surat perjanjian perkahwinan yang mereka tandatangani secara rahsia. Apalagi hidup dalam perkahwinan yang tidak dirancang bersama insan yang tidak pernah disayangi, hanya merencanakan derita nurani yang dipendam sendiri oleh Zahlia.

Di saat dirinya sudah sah bergelar isteri, Tengku Syahran mula tampil bersama ego lelaki yang sebelumnya nampak terkawal. Zahlia rasa tertipu tetapi apakan daya, perkahwinan terpaksa diteruskan. Di sinilah timbulnya konflik dari pelbagai pihak. Kewujudan Linda yang menyimpan dendam dan kehadiran Raja Khalida yang tiba-tiba telah mengikat Zahlia untuk terus menyembunyikan diri. Siapakah Raja Khalida yang muncul secara tiba-tiba itu? Bagaimanakah penghujung perkahwinan Zahlia dan Tengku Syahran? Dan… benarkah hakikat bahawa perkahwinan di antara insan yang tidak pernah disayangi, tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih sayang dan kerinduan yang sememangnya adalah fitrah manusia ingin di cintai dan menyintai?

0 comments: