"Tatkala cinta berbisik
suaranya memuji Tuhan
Pabila rindu terusik
rasulnya menjadi pilihan"
Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian
Cinta Sang Ratu
laksana langit mencengkam purnama
ibarat mutiara di lautan
saujana mata memandang,
seluas langit terbentang.
Akhir kurun ke-15:
Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi, dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.
"Sebagai manusia, aku sayang kepadamu".
Awal abad ke-21 :
Bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya kini hilang sewaktu tsunami melanda Acheh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak besar itu. Hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pebgubat resahnya.
"Haryani, walau apapun yang berlaku, saya tetap mencintai dan menyayangi awak."
Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada mulanya mereka benci. Dan akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu janji?
Cinta Sang Ratu...
Mengulang kisah perkelahian di langit
yang berlanjutan kepada peperangan di bumi
semata-mata kerana cinta.
0 comments:
Post a Comment