CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 1, 2008

Gemersik Kalbu

Kisah Cikgu-cikgu, best juga menyelami pekerjaan perguruan, bagi yg tak penah tau tentang profesyen perguruan ni. Oooo cam ni kerja cikgu sekolah menengah rupanya. Susah juga ya!...

Kisah cinta pertama yang tidak dapat dilenyapkan dari hati cikgu Raihana walaupun cinta pertama terkubur. Takdir Allah tidak dapat dihalang, itulah qada' dan qadar. Manusia mesti menerimanya dan cuba untuk menghadapi hari mendatang dengan tabah dan sabar.



Raihana, seorang anak kota yang memilih untuk mengajar di kampung ... menumpang kasih keluarga orang setelah kematian nenek yg memeliharanya semenjak kecil hingga membina jurang kemesraan antara keluarga sendiri. Tunangnya mati akibat satu tragedi yang menyedihkan ... lemas kerana menyelamatkan nyawa seorang anak kecil.

Sejak itu, pintu hatinya seolah tertutup kepada sebarang lelaki. Suffian, lelaki yg dikenali sewaktu menumpang di rumah auntie Zarina, berusaha mengejar kasihnya. Namun kerana awal perkenalan sewaktu Suffian dalam keadaan separuh mabuk ... membuatkan Raihana sentiasa berpersepsi negatif terhadap Suffian.

Apatah lagi, sifat Suffian yang terlalu berterus terang dan sering mengkritik kesetiaan Raihana terhadap orang yang telah tiada... seolah tidak berpijak di bumi yang nyata. Namun, Suffian nekad demi cintanya pada Raihana ... meletakkan ubat dalam minuman dan kononnya telah menodai Raihana, menyebabkan Raihana tiada pilihan lain terpaksa menerima Suffian sebagai suami.

Walau dalam paksa , Raihana akhirnya mengakui bahawa hatinya kini telah tertambat dengan kebaikan lelaki itu. Kebahagiaan menjelma, ditambah dengan penerimaan ibu sendiri yang selama ini seolah menidakkan kewujudannya dalam keluarga.

Sinopsis belakang buku :
Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .Puas kukikis namamu.

Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu.

Nota : Buku novel ini adalah salah satu hadiah hari jadi daripada abang .

0 comments: