CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 10, 2008

Kasih Yang Tercalar

Sinopsis belakang buku:
Segalanya sudah dimaafkan, walau terlalu sukar untuk dilupakan.
Lelaki itu hampir hilang segalanya, keluarga, maruah dan pertimbangan diri ... puncanya ... dia sendiri tidak pernah mengerti.




Mengisahkan perkahwinan Lutfil Hadi dan Ghina yg diuji dengan ujian berat yang hampir memusnahkan perkahwinan mereka yg sudah menjejak usia 16 tahun. Hadi lupa diri dan keluarga angkara Habibah@Baby, seorang GRO mata duitan yg sanggup menggunakan ilmu hitam dengan bantuan ibunya dan bomoh Jali untuk menggoda lelaki hingga mereka lupa segalanya.

Habibah menjadi GRO kerana wang dan kemewahan manakala teman serumahnya Kalsum terjebak dengan pekerjaan itu demi untuk menyara anak dan keluarga selepas berpisah dengan suami. Perkenalan Kalsum dengan Razak seorang bekas askar pencen banyak menyedarkan Kalsum tentang keberkatan rezeki yang halal.

Hadi digambarkan seorang suami yg penyayang, tinggi ilmu agama, ayah yg budiman dan segalanya yg didambakan pada setiap lelaki. Malangnya kerana seorang perempuan, Hadi hilang pertimbangan. Isteri dan anak-anak diabaikan, kerana di mata dan hatinya hanya ada seorang perempuan yang bernama Habibah. Malahan orang tua yang amat dihormati dan dikasihinya pun turut dikasari.

Ghina amat kecewa dengan perubahan Hadi, kekuatan semangatnya adalah anak-anak, Farhana dan Qayyum serta teman baiknya Lucy yg tidak putus memberi nasihat dan dorongan. Hadi yang sudah dikuasai ilmu hitam sanggup mengasari anaknya Farhana dan keluar dari rumah untuk tinggal bersama Habibah. Kalsum yg marah dengan tindakan Habibah membawa Hadi ke rumah sewa mereka, nekad keluar rumah dan akhirnya berkahwin dengan Razak tanpa mengetahui bahawa Razak adalah business yang berjaya dan kaya raya.

Setelah puas mengikis harta Hadi hingga disaluti emas permata, Habibah berkenalan dengan Magnus, seorang ejen yg mengaku sedang mencari pelakon untuk filem luar negara. Habibah yg gilakan glamour sanggup meninggalkan Hadi dan memberi Magnus wang 100 ribu ringgit untuk membolehkannya menjadi bintang yg terkenal.

Setelah mendapat wang, Magnus akhirnya meninggalkan Habibah dengan alasan produser tidak mahu artis yang mempunyai latar belakang yg tidak baik, apatah lagi pernah menjual tubuh dan tinggal serumah dengan lelaki. Habibah pulang ke kampung untuk mengajak ibunya Mak Jah menemui bomoh Jali, terkejut pabila mengetahui ibunya sudah meninggal dunia. Kematian ibu dan perbuatan Magnus yang menipunya, menjadikan Habibah seperti hilang arah, hingga akhirnya dia ditemui mati kerana terjatuh dari kondo mewahnya.

Berkat doa dan solat hajat yg dilakukan oleh Ghina dan seluruh ahli keluarganya, membebaskan Hadi dari ilmu hitam yang menguasainya selama ini. Namun bukan mudah untuk Ghina dan ahli keluarganya menerima perbuatan Hadi yang masih membekas di hati mereka. Namun Ghina sedar tidak ada manusia yg dapat lari dari kesilapan dan tiada salahnya untuk diberi peluang yg kedua, semoga masih ada sinar kebahagiaan dalam keluarga mereka.

Kedatangan Lucy, adiknya Tony, Bibik Mok dan anaknya David untuk mengembalikan wang Hadi seratus dua puluh ribu ringgit merungkai satu cerita bahawa Magnus adalah David yg menyamar untuk mengenakan Habibah. Mereka bersatu untuk mengembalikan keharmoniaan keluarga Ghina yg terlalu banyak berbudi kepada mereka selama ini. David dan Lucy juga bersatu akhirnya sebagai suami isteri.

Sumber : Library MOF

2 comments:

Cikgu Eta said...

wa.. baca gak ke citer ni.. tlg pulangkan sekali ye.. due date today. Bestlah akak punya sinopsis...

oh ye, nanti tlg buang word verification for comments ye..tq

cempakasari said...

akak suka jln citer yg macam ni ... tak jiwang sgt dan ada unsur ketuhanan ... sinopsis main tibai jer sbb habis baca kul 12 stgh mlm