CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 1, 2008

Seindah Gubahan Kasih


Syirin dan Syirah adalah sepasang kembar yang seiras, namun sifat dan perwatakan yang saling bertentangan. Syirin, seorang gadis ayu yang lemah lembut, bersopan santun, mempunyai bakat menggubah bunga dan sukakan kesederhanaan dalam hidup. Manakala Syirah seorang yang sanggup melakukan apa sahaja demi kebendaan dan kesenangan dalam hidup.

Setelah kematian ibu dan ayah dalam kemalangan, Syirah merantau demi mencari apa yang dihajati, dan Syirin bekerja di kedai bunga untuk menyara diri dan Mimi, adiknya yang amat dikasihi.

Setelah 5 tahun menghilang, Syirah muncul kembali. Namun pulangnya membawa bencana dalam hidup Syirin apabila Syirah meninggal dunia akibat kemalangan kerana memandu laju, dan Mimi pula koma. Mimi sedar namun memerlukan rm300 ribu untuk menampung kos pembedahan bagi memulihkannya.

Perkahwinan Syirah dan Emran hanya di atas kertas, demi menyelamatkan Adhira, adik Emran yg mengalami despressi kerana suaminya Marwan curang bersama Syirah. Emran sanggup memberi kemewahan kepada Syirah dengan syarat supaya Syirah menjauhi Marwan.

Syirin menyamar diri sebagai Syirah, kerana mengetahui bekas suami kakaknya adalah seorang ahli perniagaan. Semuanya demi wang untuk rawatan Mimi. Namun kesederhanaan dan keperibadian Syirin yang mulia, menerbitkan curiga sekaligus menimbulkan rasa cinta Emran terhadap isterinya.

Emran mengupah Shahril seorang penyiasat latar belakang Syirah, dan kebenaran yang diperolehinya semakin menguatkan cinta dan nekadnya untuk mengambil Syirin sebagai isteri yang sah.
Sinopsis belakang buku:
Lima tahun menghilangkan diri, akhirnya Syirah kembali. Namun, kepulangannya kali ini hanya seketika. Kemalangan ngeri yang telah meragut nyawanya itu telah mendorong Syirin, adik kembarnya, untuk mencari Erman, abang iparnya yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini. Dia terpaksa mencari Erman untuk melunaskan hutang yang tertunggak.
Erman pula tidak pernah mencintai isteri yang dikahwininya itu. Dia hanya mengahwini Syirah atas agenda tersembunyi yang hanya diketahui oleh mereka berdua.Apabila Syirin berjaya bertemu dengan Erman, Erman berazam untuk memenangi semula hati 'isteri'nya itu supaya agendanya mencapai matlamat yang dipersetujui bersama.
Dapatkan Syirin melayari hari-hari yang mendatang sebagai bayangan kembarnya dalam mengubah jambangan kasihnya dengan Erman di Vila Impian? Sanggupkan Syirin menghadapi risiko tersingkapnya identiti dia sebenar setelah hutang dilunaskan?
Dapatkah Seindah Gubahan Kasih untuk mengetahui sama ada perasaan sebenar antara Erman dan Syirin boleh dicampuradukkan dengan rancangan mereka tersendiri.

0 comments: