CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 2, 2008

Tanpamu Di Sisi

Sinopsis cerita yang ku petik dari belakang novel dan sedikit tambahan dariku :


Andai cinta itu bukan milikku, aku relakan engkau pergi. namun, jika engkau sememangnya sudah ditakdirkan untukku, jangan biarkan aku ditinggal sepi ...

Aku Irma Julita, hanya dagang merempat yang menjauhi lelaki. Rahsia besar keluarga tak mungkin dikongsi. Nasibku berubah sejak mengenali teman bernama Mastura. Kerana budi Mastura, aku menyanggupi tugas berat, memperaga pakaian tradisional di majlis tahunan pejabat.

Tanpa kuduga, kemunculanku di catwalk mencuri hati seorang jejaka bertaraf mulia. Aku tersedar akhirnya aku bukan malaikat dan terpaksa menerima satu hakikat. Manusia biasa sepertiku mempunyai hati yang kepingin bercinta dan dicinta. Kelopak kasih terbuka disirami belaian kata mesra dan gurau sendanya.

Namun aku tidak alpa, ada segunung rasa yang amat ku geruni. Apa akan terjadi andainya kisah hitam keluarga hitamku diketahui? Mahukah keluarga Syed Herizal menerima diriku nanti?
Sendat dengan rasa serba salah, aku lari ke Jakarta, mencari Acik Niah yang menyimpan segala rahsia.
Setelah rahsia terungkai, rupanya aku bersepupu dengan Syed Herizal. Ibuku isteri kedua, iva iyananti seorang penyanyi yg ditemui mati lemas di tasik dan ayahku Datuk Harith Sulaiman, pakcik Syed Herizal. Kalung berlian berbatu zamrud menjadi bukti ikatan kekeluargaan.
Namun sejauh mana aku lari, aku berjaya dijejaki dan akhirnya kasih kami pun bersatu.

0 comments: