CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, September 26, 2008


- SelamaT HaRi RayA AidilFitRi -

Sungguh cantik kain pelikat,
Dipakai orang pergi ke pekan,

Hari raya semakin dekat,
Silap dan salah mohon dimaafkan.




Pinjam Lagi


Semalam gi library MOF lagi. Nak pulangkan 2 buah buku yg kupinjam sebelum ni. Hanya sebuah buku sahaja yg kuhabiskan, lagi satu baca sikit, tapi jalan cerita kurang menarik ... tak de mood nak habiskan.

Tak bercadang nak pinjam novel, takut tak sempat baca. Biasalah kat kampung, raya2 macam ni mesti tak pandang buku punya. Sambil tu saja2 membelek buku2 yg ada atas rak ... ehm ... terpandang 2 buah novel alaf21 ... macam best jer .... 'Kau Sayangku' dan 'Atas Nama Cinta'. He..he... tak leh tahan ... pinjam ajelah ... lagipun tempoh masa pinjam 2 minggu ... seminggu lepas raya dah balik sini ... sempatlah kalau nak baca nanti.

Dah baca sikit buku ' Kau Sayangku' ... best ...

Wednesday, September 24, 2008

Sewangi kasih Konflik Terakhir - Norzailina Nordin

Sinopsis belakang buku :
Kedatangan Junita ke Pesona I.D menemukannya dengan Farid, bosnya yang muda dan kacak itu, tetapi tidak disenangi oleh Nik Anura yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Farid. Namun Junita tidak gentar bersaing dan akhirnya dapat menawan hati jejaka itu.

Sanggupkah Nik Anura yang licik itu berdiam diri di Sydney dan merelakan Junita bahagia bersama Farid.? Bagaimanakah pula reaksi lelaki itu apabila mengetahui Junita rapat dengan Hazriq di London.?

Konflik menjadi semakin tegang apabila keadaan memaksa Farid mendampingi Zaiton tatkala wanita itu mengalami masalah. Bagaimanakah kesudahan persengketaan ini ?

Nota : Buku ni dah habis baca, insyaallah dalam masa terdekat aku akan ceritakan kesudahannya. Happy ending!

Secebis Kasihmu



Sinopsis dari buku:
Kasihku, kasih anak terbuang yg jauh di pinggiran kasih sayang. Rinduku, rindu yang terlontar jauh di dasar perasaan. terbiar dibawa arus rasa lalu hanyut di muara cinta yang paling dalam. Rasa kasih dan rindu bukan tidak pernah bersatu. Rasa kasih dan rindu bukan tidak pernah bercantum dan berpadu ... namun sengaja kau biarkan. Egokah kita sebenarnya?
Lalu kerana merasa tercabar dan dicabar, Putri melayan kasih jejaka lain dan membiarkan Zack menjeruk rasa. Bersama si jejaka, Putri cuba melayan perasaan, membalas tiap ungkapan cinta dan sayang dengan penuh perasaan. Namun Putri gagal ... hatinya tiada rasa ... melainkan rasa tawar dan hambar yg mencicip kesal ... Putri sedar, cintanya pada yang lain.

Mengisahkan Putri Surina Natasya yg dibuang di jalanan waktu berusia 4 tahun. Dia dihantar ke rumah anak yatim dan kemudian dipelihara oleh umi dan abun dengan penuh kasih sayang. Rasa dendam terhadap mama kandung yg telah membuangnya di jalanan menyebabkan Putri berubah menjadi tomboy dan lasak. Katrina adalah teman rapat Putri yg dikenali di rumah anak yatim dan Zack pula dikenali sejak belajar lagi dan kini bekerja di tempat yg sama.

Hubungan Putri dan Zack amat rapat ... bercerita dan bergurau tanpa had ... hingga sering berlaku pertengkaran, dan Katrinalah menjadi orang tengah. Zack menyintai Putri dlm diam , tetapi tidak berani meluahkan ... manakala Putri yg sering diejek buta perasaan telah menerima cabaran Zack utk menerima cinta seorang lelaki.

Putri menerima cinta sepupu Katrina, seorang jejaka tampan bernama Syamir. Syamir telah lama mencintai Putri sejak alam universiti, tetapi tidak dihiraukan oleh Putri, hinggalah pertemuan kali kedua mereka setelah masing2 bekerja. Zack merestui hubungan itu walau hatinya hancur lebur melihat kemesraan mereka. Zack sering melarikan diri dari bertemu dengan Putri menyebabkan Putri berkecil hati ...

Sementara itu muncul Puan Maria dlm hidup Putri. Suami Puan Maria adalah share patner kepada En. Khalid, bos tempat Putri bekerja. Pn Maria berusaha mendekati Putri dengan melibatkan diri dalam projek yg dibuat oleh Putri.

Sebenarnya Pn Maria menghidap kanser di stage akhir dan ingin menebus dosa silam terhadap anaknya Putri yg telah ditinggalkannya di jalanan lantaran keperitan hidup setelah kematian suami tersayang dan dihalau oleh keluarga mertuanya. Pn Maria berkahwin dengan En. Azlan dan memperolehi 6 org anak. Dia sudah puas mencari anaknya Putri dan menyesal di atas perbuatannya.

Kasih sayang dan perhatian yg ditunjukkan oleh Pn Maria menyentuh hati Putri dan hubungan mereka amat rapat. Namun Pn Maria masih tidak berani menceritakan hal yg sebenarnya, takut Putri enggan memaafkannya.

Putri merasakan hubungannya dengan Syamir hambar kerana di hatinya sentiasa merindui Zack tetapi dia enggan mengakuinya. Sementara Syamir pula terlalu baik untuk disakiti.

Sementara itu keadaan Pn Maria semakin teruk menyebabkan Azlan terpaksa menceritakan hal yg sebenar kepada Putri. Putri enggan memaafkan dan mengakui Pn Maria adalah perempuan kejam yg telah membuangnya. Pn Maria koma dan Putri melarikan diri ke rumah umi. Zack datang dan menyedarkan Putri supaya dapat memaafkan ibunya supaya tidak menyesal di kemudian hari. Kemaafan adalah sesuatu yg terindah dan Putri akur dengan kata2 Zack. Pn Maria sedar dari koma dengan kedatangan Putri dan meminta Putri mengubah penampilan diri ke arah lebih feminin. Pn Maria menghembuskan nafas terakhirnya dalam tidur.

Zack merayu supaya Putri dapat menerimanya sebagai kekasih ... Putri menolak walau di hatinya hanya nama Zack yg teratas, namun dia tidak sanggup melukai Syamir yg terlalu mencintainya. Zack mengambil keputusan utk berhijrah ke luar negara bagi menemani keluarga yg sudah lama menanti kedatangannya dan Putri juga bercuti 3 bulan utk menenangkan jiwa dan mencari balik dirinya yg hilang.


Tuesday, September 23, 2008

Tunggu ... 2 novel menanti

Semalam, gi library MOF ... so ada pinjam 2 buah novel ... best atau tak ... tak pasti lagi. Insyaallah, habis baca nanti up-date di sini. Secebis Kasihmu, dah baca sikit ... macam best, lagi satu Sekuntum Bunga Sena ... kompilasi.

Thursday, September 18, 2008

Selagi Ada Dia

Sinopsis belakang buku:
Pertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.
Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia.

Ari seorang yang disenangi sesiapa yg mengenalinya termasuk Haris, teman rapat kakaknya, Kak Mal. Ari tak tau yang selama ini dia berhubungan melalui telefon dgn Haris, apabila hatinya sudah terpaut barulah diketahui bahawa lelaki itu ada Haris. Haris menyatakan dia rapat dgn Malini sbg kawan tetapi Ari tahu yang Kak Mal menyimpan impian utk menjadi isteri Haris.Haris hanya mampu berjanji akan meleraikan kekusutan tetapi tidak bertindak, membuatkan Ari meneruskan hasrat utk ke London menyambung pengajian tambah2 pula dirinya sudah dibenci kak Malini dan ayahnya sendiri. Dia nekad utk melupakan pecinta pengecut seperti Haris yg tidak berbuat apa2, seolah hanya Ari yg bersalah merampas kawan lelaki kakak sendiri, malahan langsung tak datang ke airport utk mengucapkan selamat tinggal

Setelah tamat belajar Ari bekerja selama setahun, sehinggalah satu hari dia menerima emel dari kakak iparnya, kak Lin menceritakan kesihatan ibu dan ayahnya yg kian uzur. Setelah tiga tahun menyepikan diri, Ari pulang dgn hasrat mahu menjaga ibu dan ayahnya. Perjalanan pulang menemukan dia dgn Idris, seorang usahawan yg berjaya dan sudi menjadi pendengar yang setia. Sebelum berpisah Idris sempat memberikan kadnya.

Ayah Ari menghidap penyakit lupa, suka marah dan menengking, namun Ari tabahkan hati dan mengingatkan dirinya bahawa ayahnya sedang sakit, even ibunya sendiri dilayan seperti hamba. Sedih diperlakukan begitu, Idris dijadikan tempat meluah rasa dan Ari selesa dgn lelaki yang jauh lebih berusia dari dirinya. sementara itu Haris tidak jemu2 merayu dan mengganggunya supaya menerimanya kembali.

Malini mengamuk dan tidak dapat menahan marah bila mendapat tahu Haris berjumpa Ari, membaling gelas menyebabkan kepala Ari terluka. Ibu Ari sanggup menanggung kos lawatan ke Korea untuk Ari menenangkan jiwanya yg parah. Ari bertolak ke Korea bersama keluarga abgnya, iaitu abg Yus, kak Lin dan 2 org anak mereka. Kejutan utk Ari pabila Idris turut menyertai mereka selepas sehari di sana.

Di Korea, kemesraan Idris n Ari bertambah erat. Namun Ari keliru dgn cinta Idris, adakah semata-mata kerana dia seiras dgn arwah isterinya atau sememangnya Idris menyintainya sebagai Ari. Terjadi salah faham antara mereka, menyebabkan Idirs bergegas kembali ke Malaysia tanpa sebarang ucapan selamat tinggal utk Ari.

Hubungan mereka sepi tanpa sebarang berita. Ari hanya mampu menangis apabila Malini dan Haris memutuskan hubungan dn ibunya mahu menerima lamaran Haris utk memperisterikan Ari. Ibunya mula mendesak dan Ari tak sampai hati utk melukakan hati ibunya yang sudah cukup terluka tambah2 lagi dia terserempak dgn Malini yang manja di samping Idris.

Hasil perubatan hemopati, ayah Ari semakin sihat dan Ari mula terasa dia disayangi sebagai anak semula. Kata2 ayahnya menguatkan semangatnya utk menghadapi masa depan. Dia akur dgn pilihan keluarganya, menerima sesiapa sahaja yg difikirkan baik oleh keluarga. Tanpa kad jemputan, tanpa majlis persandingan, Ari tidak melakukan sebarang persiapan utk perlahwinannya.

Namun saat2 akhir sebelum menyarung persalinan pernikahan Ari mahu menghentikan semuanya membuatkan ibunya serasa nak pengsan. Dengan pujukan kakaknya Malini yg sanggup pulang dari Malvies, ayahnya dan kak Lin, Ari bersetuju dengan syarat ingin bertemu dengan bakal suaminya terlebih dahulu.

Ari tersenyum bahagia bila mengetahui bahawa calon pilihan keluarganya adalah insan yg amat disayanginya, Idris. Semuanya adalah hasil usaha abg Yus dan kak Lin yg telah menyuruh Idris bertindak cepat sekiranya benar2 mencintai Ari. Ari amat berterima kasih atas usaha abg dan kakak iparnya yg berusaha menyatukan cinta mereka selamanya.

Masih Ada Rindu


Sinopsis buku :

Masih terasa manisnya detik bulan madu pabila secara tiba2 Hakim pergi meninggalkannya. Pergi begitu sahaja, tanpa pamitan, tanpa sebarang pesan. Lalu kepada siapa lagi harus dia bergantung harap? Kepada siapa lagi harus dia mengadu nasib? Apakah sepanjang usia dia harus menggendong duka ini?

Syafika sedar, air mata bukan penyelesai masalah. Tangisan juga tidak mampu merungkai segala kekusutan. Adakala dia tidak setabah itu utk menghadapi berseorangan. Ada ketika dia tewas juga.

Tatkala hati masih dibalut lara, muncul insan lain yang sudi menjadi pengganti. Namun, cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam dan tidak mungkin padam. Rindunya masih ada dan tetap menyala. Tapi dia sedar, perjalanannya masih terlalu jauh. Dia tidak harus karam dalam badai kerinduan ini. Dia tidak harus hanyut dalam arus cinta yg bukan miliknya lagi. Akhirnya, dia nekad utk menerima.

Sayangnya di saat kelukaan hampir pulih dan hati mula belajar utk menyayangi, hatinya dilukai. Kecewa dgn apa yg terjadi, dia nekad melarikan diri. Dalam pelarian itu, dia mula merasakan sesuatu, dlm benci, kiranya masih ada rindu buat si dia. Dan tanpa disedari, bibit2 cinta mula bersemi di hatinya.

Mengisahkan Syafika yg mengahwini Hakim semasa masih belajar di universiti. Akibatnya dia tidak diakui anak oleh ibunya sendiri. Dengan diwalikan ayahnya Sharifuddin dalam satu majlis ringkas di rumah, Syafika sah menjadi isteri Hakim.

Shafika bahagia bersama Hakim apatah lagi ibu dan ayah mertua, Hajah Noraini dan Haji Baharin menerimanya dengan baik. Dua bulan selepas perkahwinan, iaitu semasa hari jadi Syafika, Hakim meninggal dunia di pangkuan Syafika semasa bulan madu mereka di Lanjut Beach Resort akibat diserang asma.

Kematian Hakim mengejutkan semua, apatah lagi Syafika yg seolah2 berada di awangan, tidak dapat menerima hakikat kematian Hakim. Hakim juga tidak sempat berjumpa abang kesayangannya Hadi yang baru tiba dari luar negara.

Hadi dan kaum keluarganya berusaha untuk membawa Syafika keluar dari belenggu kesedihan, tapi tidak berhasil. Hinggalah Syafika bermimpi didatangi Hakim dengan muka yg sedih tanpa sebarang ucapan. Seolah tersedar dari lena, Syafika merasakan kesedihan Hakim berpunca dari dirinya yang seolah hilang ingatan dan tidak pernah menyedekahkan doa dan Fatihah buat Hakim.

Syafika bangkit dengan semangat dari abang iparnya Hadi yg sentiasa memberi nasihat. Pabila Syafika disahkan mengandung, Hadi memberikan sepenuh perhatian kepada Syafika kerana di hatinya mula timbul bibit- cinta terhadap Syafika. Akibat perhatian yg berlebihan, hati Syafika juga mula berputik sayang terhadap Hadi.

Selepas melahirkan Adam, Hadi bertindak sebagai seorang ayah kepada anak Syafika. Hadi meluahkan perasaannya, payah utk diakui Syafika, tapi di hatinya turut berlagu sayang. Namun Syafika meletakkan syarat utk berkahwin selepas Adam dapat berjalan. Sewaktu hampir masa tersebut, Hadi hampir melakukan sesuatu yg amat melukakan Syafika. Akibatnya, Shafika minta izin keluar dari rumah dan menumpang di rumah kakaknya Syawani dan sepupunya Nora.

Puas Hadi merayu kemaafan, tapi Syafika memerlukan masa utk melupakan. Di saat hatinya mula sejuk, Hadi pula berjauh hati dengan sikap Syafika. Setelah masing2 meluah perasaan, Hadi dan Syafika berbaik kembali dan merancang utk berkahwin.

Selain Hadi, Syafika juga turut dicintai dalam diam oleh sepupunya Imran. Melihat Syafika semakin rapat dengan Hadi, Imran menjalinkan hubungan Nasya, seorang gadis bandar yg moden. Dengan kesungguhan Nasya yg mula berubah kepada gadis yg bertudung dan lemah lembut, Imran bersetuju bertunang dengan Nasya.

Sewaktu pertunangan Imran, Syafika berjumpa ibunya dan memohon kemaafan. Rupanya Zaleha juga telah lama menyesali perbuatannya tapi malu utk mengakui betapa kasih sayangnya kepada Syafika tidak pernah luntur. Syafika bahagia dengan perkahwinannya dengan Hadi dan diterima kembali ke dalam keluarganya kembali.

Monday, September 15, 2008

Buat Yang Terakhir


Sinopsis belakang buku;
Dalam dingin musim salji... tawa ria kita bagai pesta. Persahabatan di rantauan, pertemuan yang tidak dirancang, menjadikan aku serba salah mengenalimu. Sekilas pandang, kerlingan matamu menyatakan segalanya. Sahabat, dalam derai putih salji, aku cuba menikmati manisnya bulan madu kami. Namun tergamaknya kau menodaiku, isteri sahabat baikmu. Lalu bulan maduku menjadi racun. Dan zuriat ini buktinya, segalanya persis wajahmu.

Nota
Novel yang amat panjang. 781 muka surat. Insyaallah ada masa lapang, aku akan rumuskan perjalanan cerita novel ini, agak menarik, tungguuuu!

Zarith Sofia, seorang gadis kampung yg dimalukan pada majlis pertunangannya. Tanpa pengetahuan Idris, bakal tunangnya, pihak keluarga lelaki membatalkan pertunangan sebaliknya menghantar cincin kepada sepupunya Junaidah. Junaidah menabur fitnah mengatakan Zarith sudah tercemar. Zarith Sofia dan keluarga menerima tamparan hebat akibat peristiwa memalukan itu.

Atas nama cinta,Idris dan Zarith nekad untuk berkahwin. Namun bagi keluarga, Zarith bukan barang mainan. Demi maruah adiknya, Long Shukri menikahkan Zarith dengan Rizman, bos tempatnya bekerja. Zarith rela dalam paksa.

Selepas berkahwin, Rizwan ditugaskan di Norway. Bulan madu mereka yg dingin akhirnya menjadi hangat pabila kebaikan Rizman menyentuh hati Zarith. Namun perkenalan Zarith dengan Ikhwan Shah menjadi penyebab segala. Walau hatinya terhibur dengan Ikhwan, tapi batas sebagai isteri tetap dipelihara.

Tanpa diduga, Rizman dan Ikhwan adalah rakan lama yg telah terpisah. Rizman sering mempelawa Ikhwan datang ke rumah tanpa menyedari hati Ikhwan sudah berbunga cinta terhadap Zarith. Sewaktu ketiadaan Rizman, Ikhwan memasukkan pil khayal dalam minuman Zarith, sehingga terjadinya noda yg membuahkan benih dalam rahim Zarith. Zarith pulang ke kampung untuk merawat hati yg lara.

Di tanah air, Zarith dan Rizman bahagia menyulam cinta sehingga dikurniakan 3 cahaya mata. Kecantikan Zarith turut menjadi igauan Dato' Kahar sehingga menimbulkan sengketa akibat sifat cemburu Rizman.

Ahmad Afzan, putera sulung mereka jatuh sakit. Rizman kecewa pabila ujian darah jelas menunjukkan bahawa anak yg ditatang bagai minyak yg penuh bukanlah darah dagingnya. Rizman menghilangkan diri begitu sahaja w/pun Zarith membuat pengakuan bahawa dia adalah mangsa kerakusan teman baiknya sendiri. Zarith diceraikan hanya melalui sepucuk surat dari peguam.

Zarith mengharungi hidup bersama anak2 dengan seribu kepayahan. Semua harta tergadai demi menyembuhkan penyakit Afzan yang kian kritikal. Si anak amat merindukan si ayah, tapi Rizman hilang tanpa jejak.

Akhirnya Zarith terpaksa menerima lamaran Dato' Kahar yg sanggup membiayai perubatan Afzan dan melunaskan rumah yg hampir tergadai. Walau janji dipenuhi, Dato' Kahar adalah seorang lelaki yg bernafsu binatang. Zarith terikat dengan status sebagai isteri dan diperlakukan semahunya sehingga Zarith hilang upaya dan mula mengabaikan Afzan di hospital. Dato' Kahar juga memperisterikan Zarith atas tujuan tertentu untuk menerima pengampunan bagi gelaran Tengku yg telah ditarik atas perlakuan jahatnya.

Lantaran tidak tertahan dengan kebuasan Dato' Kahar, Zarith mohon dilepaskan. Dato' Kahar menderita selepas berpisah dengan Zarith, menjadi pemabuk dan murung hingga mendapat stroke dan lumpuh separuh badan. Zarith mengandungkan anak Dato' Kahar, tapi tiada siapa yang tahu.

Selepas bercerai, Zarith dan ibunya berniaga nasi lemak untuk meneruskan kelangsungan hidup. Peristiwa barang jualan ibunya dirampas pihak berkuasa kerana aduan pemilik bangunan, menimbulkan kemarahan Zarith sehingga menyerang si pemilik bangunan Sofia Holding.

Ikwan Shah rupanya pemilik bangunan Sofia Holding, nama yg diabadikan untuk wanita yg sentiasa dicintainya iaitu Zarith Sofia. Pertemuan dengan Ikhwan memenuhi hajat terakhir Ahmad Afzan yg teramat merindui ayahnya selepas kehilangan Rizman. Ikhwan turut disenangi dan disayangi oleh anak2 dan keluarga Zarith.

Zarith kembali ke kampung untuk merawat hati yg rawan setelah kematian Ahmad Afzan. Idris kembali sebagai penyelamat Zarith dari dibelit ular sawa sewaktu di kebun getah ibunya. Belum hilang kejutan hampir dibelit sawa, peguam Dato' Kahar menemui Zarith untuk memberitahu keinsafan Dato' Kahar yg kini terlantar dan nazak.

Zarith ditemani Ikhwan berjumpa Dato' Kahar dan memberitahu tentang zuriat yg dikandungnya. Ikhwan kecewa setelah mengetahui status sebenar Zarith tetapi bangga dengan pengorbanan Zarith terhadap anaknya. Dato' Kahar juga mewasiatkan rumah yg didiaminya untuk anak yg bakal dilahirkan.

Dato' Kahar meninggal dunia sewaktu Zarith sedang bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka. Sepasang kembar menjadi pengganti dan pengubat rindu Zarith terhadap Ahmad Afzan yang telah pergi.

Rizman kembali dan meminta maaf atas kesalahannya. Walau maaf diberi, tapi hatinya sudah beku untuk Rizman kerana disisinya telah ada seorang lelaki yg setia dan sanggup berkorban demi cintanya yg tidak pernah padam terhadap Zarith. Moga Ikhwan Shah selamanya kan menjadi kebahagiaan buat Zarith yg sudah lama menderita.

Sumber : Library MOF

Saturday, September 13, 2008

Asmara Yang Pertama


Sinopsis belakang buku:
Engkau adalah lelaki terakhir yang aku harapkan dalam hidupku yang sekali ini.
Aku rindukan asmara kita yang hanya satu malam itu. Biarpun di luar kerelaan ... namun bukan paksaan bila aku menyerahkan segala yang kau miliki untuk kau terokai. Antara rela dan terpaksa ... antara malu dan keliru, aku buka ruang-ruang intim antara kita. Keasyikan yang kau rasakan ... keindahan yang engkau ciptakan ... membibitkan bisikan-bisikan yang sukar untuk kau dan aku jelaskan. Malam yang telah berjaya membuktikan bahawa aku masih rupawan. malam pertama yang cukup membahagiakan... mengasyikkan. Walau hanya lapan belas jam dan lima saat asmara kita yang pertama bermula.

Nota:
Maaf kalau aku katakan antara buku yang amat membosankan. Jalan cerita yang bagus, tapi cara penceritaan menimbulkan rasa boring, berbelit-belit dan serasa tak logik. Mengisahkan tentang kerabat bangsawan, Puteri Ratna dan Tengku Farris yang ditunangkan tanpa rela. Ratna bercinta dengan Kamal dan Farris hatinya telah terpaut dengan Matielda.

Namun Kamal adalah lelaki pengecut, tidak berani berhadapan dengan keluarga Ratna demi cinta mereka, w/pun pelbagai pengorbanan Ratna lakukan, manakala Matielda seolah mempermainkan Farris, sekejap kasih sekejap menghilang. Farris adalah bos di tempat kerja Ratna, namun permulaan perkenalan bermula dengan pertelingkahan, menyebabkan Ratna amat membenci Farris.

Farris dan Ratna saling tidak mengetahui bahawa mereka adalah pasangan bertunang, malahan tidak pernah ingin mengetahui siapakah tunang mereka. Ratna dipaksa oleh keluarga, dan Farris tidak sanggup mengatakan tidak pada bonda yg amat disayanginya. Akad nikah tetap terjadi namun Ratna tetap dengan egonya.

Selepas akad nikah, Kamal datang dengan pujuk rayu, konon ingin bertanggungjawab atas keterlanjuran mereka, namun Ratna menafikan sekerasnya fitnah ke atasnya. Walau sedalam mana cinta, dia tidak rela menggadai maruah diri dan keluarga. Ratna membuktikan kepada Farris bahawa dia masih suci.

Pelbagai peristiwa berlaku dlm tempoh 18 jam, sehingga menghilangkan ego Ratna berganti rasa cinta yg datang tanpa diundang terhadap Farris. Namun berlakunya satu tragedi, Farris menyelamatkan Ratna dari dilanggar lari, Ratna selamat dan Farris didakwa oleh keluarga sudah meninggal dunia.

Ratna melalui tempoh 5 tahun dengan semangat yg sedikit, itupun demi anaknya Mimi yg tidak pernah mengenali ayahnya. Pertemuan dengan Lufti Hakimi, menyakinkan Ratna bahawa Farris masih hidup. Lufti Hakimi sudah berkahwin dengan Mayang Sari@Matielda, kakak Ratna sendiri yg sudah lama melarikan diri dari keluarga setelah mengetahui dia hanya anak angkat.

Kebenaran terserlah, Lufti Hakimi adalah Farris yg telah hilang ingatan. Semuanya angkara Mayang@Matielda yg berdendam dengan keluarga Ratna, kemalangan itu dan letupan bot yg menyebabkan kematian kedua abang Ratna dan pelbagai lagi yg dilakukan oleh Mayang untuk membolot harta keluarga Ratna.

Ketulusan hati Ratna yg sanggup berkorban demi kasih kepada kakaknya Mayang, tidak berbaloi. Sanggup mendermakan tulang sum-sum demi mengubat penyakit leukemia Mayang, menoreh muka sendiri kerana Mayang benci dengan kecantikannya yg menyebabkan Lufti Hakimi seolah berubah, tetapi Mayang tetap dengan hatinya yg busuk. Mimi diculik, Ratna diserang dengan pisau, hampir disimbah asid di muka dan di bakar hidup-hidup. Ratna masih hidup kerana berjaya melepaskan diri sebelum dibakar oleh Mayang.

Mayang menerima pembalasan setelah kansernya sudah merebak ke organ lain. Farris menemui jati dirinya yg sebenar di Zoo Negara, tempat kenangan pertamanya dengan Ratna. Keluarga memaafkan Mayang atas permintaan Ratna dan selamat menjalani pembedahan. Mayang selamat, manakala perjalanan takdir Ratna berakhir dalam lena angkara darah beku di otaknya.

Friday, September 12, 2008

Sibuk

Buat masa ni saya agak sibuk sedikit. Ada 4 buah novel di tangan saya, 2 buah dari library MOF dan 2 lagi ehsan dari rakan saya Ain yang sudi meminjamkan pada saya.

Insyaallah, dalam masa terdekat, mungkin hujung minggu ni saya cuba menghabiskan satu novel dan up-dated di sini.

Wednesday, September 10, 2008

Bunga Bakawali


Sama tak gambar bunga bakawali dengan bunga kat template ni. macam lain sikit .. tapi rasanya pernah tengok bunga bakawali cam kat template tu.


Kasih Yang Tercalar

Sinopsis belakang buku:
Segalanya sudah dimaafkan, walau terlalu sukar untuk dilupakan.
Lelaki itu hampir hilang segalanya, keluarga, maruah dan pertimbangan diri ... puncanya ... dia sendiri tidak pernah mengerti.




Mengisahkan perkahwinan Lutfil Hadi dan Ghina yg diuji dengan ujian berat yang hampir memusnahkan perkahwinan mereka yg sudah menjejak usia 16 tahun. Hadi lupa diri dan keluarga angkara Habibah@Baby, seorang GRO mata duitan yg sanggup menggunakan ilmu hitam dengan bantuan ibunya dan bomoh Jali untuk menggoda lelaki hingga mereka lupa segalanya.

Habibah menjadi GRO kerana wang dan kemewahan manakala teman serumahnya Kalsum terjebak dengan pekerjaan itu demi untuk menyara anak dan keluarga selepas berpisah dengan suami. Perkenalan Kalsum dengan Razak seorang bekas askar pencen banyak menyedarkan Kalsum tentang keberkatan rezeki yang halal.

Hadi digambarkan seorang suami yg penyayang, tinggi ilmu agama, ayah yg budiman dan segalanya yg didambakan pada setiap lelaki. Malangnya kerana seorang perempuan, Hadi hilang pertimbangan. Isteri dan anak-anak diabaikan, kerana di mata dan hatinya hanya ada seorang perempuan yang bernama Habibah. Malahan orang tua yang amat dihormati dan dikasihinya pun turut dikasari.

Ghina amat kecewa dengan perubahan Hadi, kekuatan semangatnya adalah anak-anak, Farhana dan Qayyum serta teman baiknya Lucy yg tidak putus memberi nasihat dan dorongan. Hadi yang sudah dikuasai ilmu hitam sanggup mengasari anaknya Farhana dan keluar dari rumah untuk tinggal bersama Habibah. Kalsum yg marah dengan tindakan Habibah membawa Hadi ke rumah sewa mereka, nekad keluar rumah dan akhirnya berkahwin dengan Razak tanpa mengetahui bahawa Razak adalah business yang berjaya dan kaya raya.

Setelah puas mengikis harta Hadi hingga disaluti emas permata, Habibah berkenalan dengan Magnus, seorang ejen yg mengaku sedang mencari pelakon untuk filem luar negara. Habibah yg gilakan glamour sanggup meninggalkan Hadi dan memberi Magnus wang 100 ribu ringgit untuk membolehkannya menjadi bintang yg terkenal.

Setelah mendapat wang, Magnus akhirnya meninggalkan Habibah dengan alasan produser tidak mahu artis yang mempunyai latar belakang yg tidak baik, apatah lagi pernah menjual tubuh dan tinggal serumah dengan lelaki. Habibah pulang ke kampung untuk mengajak ibunya Mak Jah menemui bomoh Jali, terkejut pabila mengetahui ibunya sudah meninggal dunia. Kematian ibu dan perbuatan Magnus yang menipunya, menjadikan Habibah seperti hilang arah, hingga akhirnya dia ditemui mati kerana terjatuh dari kondo mewahnya.

Berkat doa dan solat hajat yg dilakukan oleh Ghina dan seluruh ahli keluarganya, membebaskan Hadi dari ilmu hitam yang menguasainya selama ini. Namun bukan mudah untuk Ghina dan ahli keluarganya menerima perbuatan Hadi yang masih membekas di hati mereka. Namun Ghina sedar tidak ada manusia yg dapat lari dari kesilapan dan tiada salahnya untuk diberi peluang yg kedua, semoga masih ada sinar kebahagiaan dalam keluarga mereka.

Kedatangan Lucy, adiknya Tony, Bibik Mok dan anaknya David untuk mengembalikan wang Hadi seratus dua puluh ribu ringgit merungkai satu cerita bahawa Magnus adalah David yg menyamar untuk mengenakan Habibah. Mereka bersatu untuk mengembalikan keharmoniaan keluarga Ghina yg terlalu banyak berbudi kepada mereka selama ini. David dan Lucy juga bersatu akhirnya sebagai suami isteri.

Sumber : Library MOF

Monday, September 8, 2008

Adam dan Hawa

Sinopsis:

Kali ni saya hanya berikan sinopsis belakang buku sahaja, sebab saya dapati sinopsisnya hampir menggambarkan keseluruhan cerita. Satu novel yg best, penangan hasil kerja Aisya Sofea memang tak dapat dinafikan, tak rugi baca.

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya.

Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.Tapi tegarkah Ain?

Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
Sumber : Library MOF

Saturday, September 6, 2008

Jangan Tinggal Daku

Sinopsis belakang buku:
Bagaimana harus dihindari rasa cinta yg hadir? Rasa yg datang bersama rindu dendam. Patutkah aku biarkan diri sendiri menjerut rasa hingga penghujung masa atau membiarkan bunga cinta layu sebelum waktu? Bukankah cinta harus ada kesetiaan dan pengorbanan. Mengapa setelah cintaku kau miliki aku ditinggalkan sendiri...
Apakah ertinya sebuah cinta, untuk apakah sekeping hati, menagih kasih yg tiada hujungnya...

Sinopsis;
Boy dan Rob, adik beradik yg sama2 meminati Erleta. Boy seorang ketua pelajar, yg sentiasa mendampingi dan berkawan rapat dengan Erleta, manakala adiknya Rob seorang pelajar nakal yg sentiasa membuat masalah di sekolah, sekelas dengan Erleta tetapi selalu menyakitkan hatinya.

Erleta menerima cinta Boy, tetapi akhirnya menyedari bahawa dia lebih sukakan Rob. Rob juga sanggup berubah demi cintanya pada Erleta. Mulanya Boy sukar menerima kenyataan ini, tetapi akhirnya demi sayangkan adiknya, dia mengalah dengan cinta Erleta-Rob.

Erleta-Rob bertunang, tetapi kemudian Rob disahkan mengidap kanser tulang. Semasa di hospital, Rob enggan menemui sesiapa w/pun Erleta sendiri kerana malu dengan keadaannya. Namun takdir Tuhan, Rob akhirnya sembuh dan meneruskan persekolahan sambil bekerja di galeri Hamdi, pakcik Andrea.

Andrea amat menyukai Rob, tetapi Rob tetap setia dengan cintanya pada Erleta. Suatu hari Andrea telah dirogol oleh pakciknya dan hamil. Keluarga Andrea menuduh Rob yg merogol Andrea dan mereka telah dihalau keluar rumah. Rob dan Andrea akhirnya berkahwin dan melahirkan Melissa. Kehidupan mereka yg susah menyebabkan mereka sering bertelagah, apatah lagi sememangnya hati Rob hanya utk Erleta yg telah membawa diri belajar ke luar negeri.

Selepas kelahiran Melissa, Andrea nekad utk membalas dendam terhadap pakciknya Hamdi. Hamdi telah mati dibunuh di pejabatnya, namun polis gagal mengesan siapa pembunuhnya. Andrea lari ke luar negara dan Rob merasakan pembunuhan Hamdi ada kaitannya dengan Andrea. Rob kembali ke pangkuan keluarganya dan memelihara Melissa seperti anaknya sendiri.

Nota: Hadiah dari suami tersayang.

Saat Hilang Cintamu

Sinopsis belakang buku:
Aku terbuang ke rimba nista yg gelap dan penuh ranjau duri. Namun ku pasrah dan rela pada takdir-Nya. Cintamu menemaniku sepanjang waktu membuat aku jadi insan yang paling bahagia. Namun apa daya, kebahagiaan kita sedetik cuma.
Hanya Intan yg jadi peneman, buat menempuhi hidup yg masih panjang. Tanpa kau disisi, aku terus nanar mencari cinta sejati. Apakah akan kutemui lagi cinta yg sesuci embun pagi.

Sinopsis:
Tengku Ashriel dan Huda berkawan rapat di sekolah. Suka sama suka, tetapi tidak pernah terluah. Farah Dania, gadis bandar yg baru berpindah sekolah, secara terus terang menyukai Ash menyebabkan Huda rasa terpinggir kerana merasa tidak setaraf dengan kedudukan Ash dan Farah Dania.

Walau Ash melayan Farah dengan baik, tapi dihatinya tetap Huda. Farah yg sakit hati, berpura2 baik dengan Huda, tetapi merancang sesuatu dengan Saidin utk mengenakan Huda. Huda dirogol dan hamil angkara Saidin.

Demi rasa cinta, Ash sanggup mengahwini Huda dan dihalau keluar oleh keluarga masing-masing. Mereka ke Langkawi dan menumpang di rumah Sheikh Husin dan Mak Siti, seorang guru mengajar Al'Quran.

Huda meninggal dunis selepas melahirkan Intan Nuradriana. Dengan bantuan Sheikh Husin sekeluarga, Ash membesarkan Intan dengan mengusahakan chalet.

Kemudian, Ash telah menyelamatkan Kelly, seorang gadis cina yg sgt mirip Huda, yg ingin melemaskan diri di laut kerana suaminya mati akibat kemalangan pada hari perkahwinan mereka dan sering dianggap sial oleh keluarga. Tertarik dengan corak kehidupan keluarga Sheikh Husin, Kelly memeluk Islam dan memilih Nur Akma sebagai nama barunya.

Ash kembali ke Kuantan demi mencari perogol Huda dan menemui nendanya Tengku Zubaidah. Saidin mengahwini Farah Dania untuk merampas harta keluarga Farah dan memperlakukan Farah seperti pelacur. Farah mati kerana dihidapi HIV tetapi sempat memberitahu Ash tentang rancangan jahatnya dahulu bersama Saidin hingga memusnahkan masa depan Huda dan Ash.

Akhirnya, Ash berkahwin dengan Nur Akma(Kelly). Sebenarnya Huda adalah kakak kandungnya kerana ibu bapanya menganggap anak perempuan sebagai sial dan menyerahkan Huda pada satu keluarga Melayu yg tidak mempunyai anak. Kini ibu bapanya telah insaf dan Ash dan Nur Akma kembali ke pangkuan keluarga yg pernah membuang mereka.

Nota: Buku ini adalah pemberian suami tersayang.

Wednesday, September 3, 2008

Bermadu Dalam Cinta

Sinopsis belakang buku:

Kerana cinta dia merana. Kerana cinta dia menderita. Namun kemeranaan bukan penderitaan yang panjang. Bila ketabahan pembentang jalan, senja tiba menggamit bahagia.

Nota :
Buku ini dah lama aku baca. Ingat sikit-sikit la watak dalam buku ini. Tapi antara jalan cerita yang aku suka. Ceritanya lebih kurang macam ni la ...

Mengisahkan Fatin yang putus tunang di saat akhir sebelum majlis perkahwinan. Keluarga pihak lelaki yang tidak sukakan Fatin mengunakan cara halus untuk menghalang majlis tersebut dan menuduh Fatin gila angkara ilmu halus yang digunakan.

Ayah Fatin yg amat tertekan dengan peristiwa memalukan ini telah diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Bermacam tekanan yang digunakan oleh pihak keluarga lelaki hingga tidak seorang pun yang sudi mengambil Fatin bekerja.
Akhirnya Fatin telah diterima memasuki maktab perguruan. Wajah Fatin yang ayu menjadi kegilaan ramai termasuk salah seorang pensyarahnya iaitu Fadli yang selalu cemburu sebab Fatin baik dengan beberapa pelajar lelaki.

Sementara tu Fatin juga berkawan rapat dengan Hisyam, sepupu kepada bekas tunang. Tapi Fatin tak tau hal ni, apatah lagi Hisyam sebenarnya dah dipaksa bertunang dengan adik ipar kepada bekas tunangannya. Bila Fatin tau, dia sakit hati lalu nekad mainkan Hisyam dan juga bekas tunang dia yg macam gila talak (nama lupa) nak Fatin balik.
Dalam pada tu En Fadli ni Fatin layan sikit2 ... kebetulan Fatin dan Fadli ni sama kampung. Banyak la adegan menarik masa Fadli ni nak ngurat Fatin, balik kampung sama2 naik bas, hadiahkan bunga dan macam lagi2. Fadli masuk minang Fatin, dan Fatin serahkan pada ibunya sama ada menerima atau tidak.
Fatin dan Fadli kahwin. Hisyam accident, koma dan hilang ingatan. Hanya Fatin yg dia ingat. Masa ni la keluarga Hisyam sanggup melutut dan merayu kemaafan Fatin. Fatin yg lembut hati sanggup menjaga Hisyam sehingga pulih. Akhirnya Hisyam pulih dan Fatin & Fadli bahagia bersama.






Tuesday, September 2, 2008

Suara Hati

Sinopsis dari belakang buku dan sedikit ulasan sendiri:


Hani bercinta dengan Haris, Haris tiba2 hilang tanpa berita selama 5 bulan. Naim yang berkenalan dgn Hani melalui keluarganya jatuh hati dengan Hani dan mula mengambil hati Hani, Hani senang dengan sikap Naim yang penyayang. Mereka bertunang atas aturan keluarga.

Cinta tidak semestinya bersatu. Terperangkap dalam dilema membuatkan dia terpaksa membuat keputusan. Pilihan ibu dan ayahkah yang perlu dituruti sedangkan jauh di lubuk hati, selaut kasihnya telah tercurah pada Haris, pilihan sendiri.

Hari berganti, bulan berlalu, Haris yang dinanti menghilang tanpa khabar berita. Separuh rela, lamaran Naim terpaksa diterima. Mereka berbahagia. Namun, sayangnya mendung menjelma.

Dalam penantian menyambut kelahiran anak kedua, suami tercinta pergi buat selamanya.Tika duka membadai di hati, terjadilah pertemuan tanpa diduga. Haris yang disangka telah mengalih cinta, ingin kembali dalam hidupnya semula. Sudikah dia menerima lelaki itu sedangkan luka di hati masih terasa. Dan... andai cinta pertama telah dikecewakan, masih wujudkah cinta untuk kali kedua?

Nota : Novel ni dah pernah baca dulu, tapi tak ingat sangat jalan ceritanya.

Manisnya Cinta

APAKAH nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?

Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!


Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?

Cinta Ifti dan Nazmi adalah cinta pandang pertama walaupun masa tu Ifti bersama-sama 3 anak2 yg dianggap seperti anak2nya sendiri hingga Nazmi salah sangka tetapi tetap menaruh hati terhadap Ifti.Ifti dlm dilema jugak sbb tertarik kpd seorang driver bas, rakan2 sekerja juga meragui kemampuan Nazmi menerajui rumah tangga sekiranya mereka berkahwin. Hubungan mereka berterusan dan Cairo menjadi tempat mereka meluahkan perasaan. masing2 ada rasa cemburu tetapi Ifti tidak dapat menahan cemburu bila nampak nazmi berjalan sambil menolak stroller bersama seorang perempuan.. lalu percintaan mereka putus di tengah jalan...
Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.

Nota : Seronok sangat masa baca novel ni. Rasa tak nak berhenti. Perasaan terbuai-buai dan syok sendiri. He..he...

Tiada Batasan Sayang

Sudah tidak ada air mata untuk ditangisi lagi. Sudah hilang segala duka nestapa. Perjalanan hidup ini walau penuh derita, harus diharungi. Pahit getir, suka duka tidak akan membataskan rasa sesama manusia. Kasih sayang yang diberi tidak pernah dicurigai. Kerana gadis yang bernama Balkish itu percaya, satu masa dan satu ketika dia pasti dihargai.



Kisah kehidupan Balkish sebagai gadis yang sederhana dalam menjalani hidup sebagai anak kampung yang berwawasan tinggi, penuh dengan harga diri yang tinggi, berbeza dengan watak Jamiah, adik kepada Balkish yang mempunyai sikap kontra. Balkish seorang lulusan universiti tetapi memilih tinggal di kampung menjaga lembu-lembu dan estet peninggalan keluarga bersama dengan mak ngah Zaidah, manakala Jamiah memilih untuk berhijrah ke kota.

Ayah Balkis (Zahidin) dipenjarakan atas kesalahan yang tidak dilakukan dan meninggal dunia di saat hampir hari pembebasan. Ibu Balkis yang sabar menanti kepulangan suami menjadi hilang ingatan akibat tidak dapat menerima hakikat penantiannya selama ini hanyalah sekujur tubuh suaminya.

Nicholas alias Fauzul kembali ke Malaysia untuk mencari sesuatu yang yang telah lama ditinggalkan. Ayahnya mati ditembak dan ibunya terus membawa mereka pulang ke New Zealand tanpa sempat menatap wajah terakhir ayahnya. Fauzul kembali untuk menagih jawapan kepada siapa pembunuh ayahnya dan kenapa ibunya tergesa-gesa meninggalkan Malaysia selepas tragedi itu.

Perkenalan Fauzul dengan pakcik Balkish dan Balkish sendiri membuka sedikit ruang persoalan kepada mindanya selama ini bahawa ibunya telah melakukan pembohongan. Tinggal bersama pakcik Balkish juga membuka pintu hati Fauzul untuk lebih mendekati Allah dan beribadah kepada-Nya.

Datin Seri Aida pula membawa diri mencari kebenaran setelah lama hidup dalam kesesatan. Tanpa disedari akhirnya dia tersadai di estet milik Balkish, dan penemuannya dengan Balkish membawa kepada cahaya yang dicari selama ini. Beliau nekad untuk menjual semua saham-saham yang dimilikinya, seterusnya membina surau dan madrasah di kampung Balkish.

Suami Datin Seri Aida( seorang datuk tapi lupa nama) yang keliru dengan sikap isterinya telah menculik Balkish kerana merasakan Balkish yg telah menghasut supaya menjual segala harta-harta yang ada. Balkish telah didera dan dipukul, namun tidak pernah mengaduh kesakitan, sebaliknya sentiasa memberi nasihat dan peringatan2 Allah dalam Al'Quran. Tertarik dengan keperibadian Balkish, Datuk mengugut Balkish supaya mengahwininya atau tidak akan berpeluang untuk berjumpa kembali dengan ibunya sekiranya menolak.

Kepercayaan Balkish terhadap Allah, dan demi ibunya Balkish bersetuju dengan perkahwinan itu. Namun berkat doa Fauzul, datuk membatalkan perkahwinannya di saat akhir dan percaya perkahwianan itu bukan satu2nya jalan untuk dia berubah.

Akhirnya, Datuk kembali kepada isterinya Datin Seri Aida, manakala Fauzul mengikuti kursus keagamaan sebelum mengambil Balkish sebagai isterinya yang sah.

Sedikit tambahan :
Mama Fauzul digambarkan seorang yg amat kasar dan garang, manakala bapa Fauzul terkenal dengan sifat playboy kerana tertekan dengan dengan sifat isterinya. Sebenarnya, bapa Fauzul ditembak oleh isterinya sendiri yg geram kerana suaminya suka dengan adik bapa Balkish iaitu makcik Zaidah, malangnya bapa Balkish yg dituduh kerana ia berada di situ semasa kejadian. Kerana itu mama Fauzul bergegas ke luar negeri selepas kematian suaminya.

Bicara Hati

Sinopsis dari belakang buku :


Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang dilanda buntu memikirkan cadangan ibunya yang ingin menjodohkan dirinya dengan seorang wanita pilihan yang bernama Linda. Seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran mula berkira-kira untuk meminta pertolongan wanita bertudung itu seterusnya menjadikan ia sebagai alasan agar tidak dikaitkan lagi dengan Linda. Biarpun Zahlia juga tidak pernah menarik minat di hati nuraninya, melihatkan wajah yang teduh dan penuh kelembutan itu telah menyebabkan Tengku Syahran sanggup menawarkan wang agar permintaannya di terima.Di samping itu, Tengku Syahran turut berjanji yang hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu sekiranya Zahlia sudi membantu.

Mungkin sudah takdir, dalam keterpaksaan keadaan, Zahlia menerima tawaran tersebut bersama hati yang berat. Namun ada beberapa syarat yang di kenakan dalam surat perjanjian perkahwinan yang mereka tandatangani secara rahsia. Apalagi hidup dalam perkahwinan yang tidak dirancang bersama insan yang tidak pernah disayangi, hanya merencanakan derita nurani yang dipendam sendiri oleh Zahlia.

Di saat dirinya sudah sah bergelar isteri, Tengku Syahran mula tampil bersama ego lelaki yang sebelumnya nampak terkawal. Zahlia rasa tertipu tetapi apakan daya, perkahwinan terpaksa diteruskan. Di sinilah timbulnya konflik dari pelbagai pihak. Kewujudan Linda yang menyimpan dendam dan kehadiran Raja Khalida yang tiba-tiba telah mengikat Zahlia untuk terus menyembunyikan diri. Siapakah Raja Khalida yang muncul secara tiba-tiba itu? Bagaimanakah penghujung perkahwinan Zahlia dan Tengku Syahran? Dan… benarkah hakikat bahawa perkahwinan di antara insan yang tidak pernah disayangi, tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih sayang dan kerinduan yang sememangnya adalah fitrah manusia ingin di cintai dan menyintai?

Tanpamu Di Sisi

Sinopsis cerita yang ku petik dari belakang novel dan sedikit tambahan dariku :


Andai cinta itu bukan milikku, aku relakan engkau pergi. namun, jika engkau sememangnya sudah ditakdirkan untukku, jangan biarkan aku ditinggal sepi ...

Aku Irma Julita, hanya dagang merempat yang menjauhi lelaki. Rahsia besar keluarga tak mungkin dikongsi. Nasibku berubah sejak mengenali teman bernama Mastura. Kerana budi Mastura, aku menyanggupi tugas berat, memperaga pakaian tradisional di majlis tahunan pejabat.

Tanpa kuduga, kemunculanku di catwalk mencuri hati seorang jejaka bertaraf mulia. Aku tersedar akhirnya aku bukan malaikat dan terpaksa menerima satu hakikat. Manusia biasa sepertiku mempunyai hati yang kepingin bercinta dan dicinta. Kelopak kasih terbuka disirami belaian kata mesra dan gurau sendanya.

Namun aku tidak alpa, ada segunung rasa yang amat ku geruni. Apa akan terjadi andainya kisah hitam keluarga hitamku diketahui? Mahukah keluarga Syed Herizal menerima diriku nanti?
Sendat dengan rasa serba salah, aku lari ke Jakarta, mencari Acik Niah yang menyimpan segala rahsia.
Setelah rahsia terungkai, rupanya aku bersepupu dengan Syed Herizal. Ibuku isteri kedua, iva iyananti seorang penyanyi yg ditemui mati lemas di tasik dan ayahku Datuk Harith Sulaiman, pakcik Syed Herizal. Kalung berlian berbatu zamrud menjadi bukti ikatan kekeluargaan.
Namun sejauh mana aku lari, aku berjaya dijejaki dan akhirnya kasih kami pun bersatu.

Monday, September 1, 2008

Gemersik Kalbu

Kisah Cikgu-cikgu, best juga menyelami pekerjaan perguruan, bagi yg tak penah tau tentang profesyen perguruan ni. Oooo cam ni kerja cikgu sekolah menengah rupanya. Susah juga ya!...

Kisah cinta pertama yang tidak dapat dilenyapkan dari hati cikgu Raihana walaupun cinta pertama terkubur. Takdir Allah tidak dapat dihalang, itulah qada' dan qadar. Manusia mesti menerimanya dan cuba untuk menghadapi hari mendatang dengan tabah dan sabar.



Raihana, seorang anak kota yang memilih untuk mengajar di kampung ... menumpang kasih keluarga orang setelah kematian nenek yg memeliharanya semenjak kecil hingga membina jurang kemesraan antara keluarga sendiri. Tunangnya mati akibat satu tragedi yang menyedihkan ... lemas kerana menyelamatkan nyawa seorang anak kecil.

Sejak itu, pintu hatinya seolah tertutup kepada sebarang lelaki. Suffian, lelaki yg dikenali sewaktu menumpang di rumah auntie Zarina, berusaha mengejar kasihnya. Namun kerana awal perkenalan sewaktu Suffian dalam keadaan separuh mabuk ... membuatkan Raihana sentiasa berpersepsi negatif terhadap Suffian.

Apatah lagi, sifat Suffian yang terlalu berterus terang dan sering mengkritik kesetiaan Raihana terhadap orang yang telah tiada... seolah tidak berpijak di bumi yang nyata. Namun, Suffian nekad demi cintanya pada Raihana ... meletakkan ubat dalam minuman dan kononnya telah menodai Raihana, menyebabkan Raihana tiada pilihan lain terpaksa menerima Suffian sebagai suami.

Walau dalam paksa , Raihana akhirnya mengakui bahawa hatinya kini telah tertambat dengan kebaikan lelaki itu. Kebahagiaan menjelma, ditambah dengan penerimaan ibu sendiri yang selama ini seolah menidakkan kewujudannya dalam keluarga.

Sinopsis belakang buku :
Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .Puas kukikis namamu.

Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu.

Nota : Buku novel ini adalah salah satu hadiah hari jadi daripada abang .

Seindah Gubahan Kasih


Syirin dan Syirah adalah sepasang kembar yang seiras, namun sifat dan perwatakan yang saling bertentangan. Syirin, seorang gadis ayu yang lemah lembut, bersopan santun, mempunyai bakat menggubah bunga dan sukakan kesederhanaan dalam hidup. Manakala Syirah seorang yang sanggup melakukan apa sahaja demi kebendaan dan kesenangan dalam hidup.

Setelah kematian ibu dan ayah dalam kemalangan, Syirah merantau demi mencari apa yang dihajati, dan Syirin bekerja di kedai bunga untuk menyara diri dan Mimi, adiknya yang amat dikasihi.

Setelah 5 tahun menghilang, Syirah muncul kembali. Namun pulangnya membawa bencana dalam hidup Syirin apabila Syirah meninggal dunia akibat kemalangan kerana memandu laju, dan Mimi pula koma. Mimi sedar namun memerlukan rm300 ribu untuk menampung kos pembedahan bagi memulihkannya.

Perkahwinan Syirah dan Emran hanya di atas kertas, demi menyelamatkan Adhira, adik Emran yg mengalami despressi kerana suaminya Marwan curang bersama Syirah. Emran sanggup memberi kemewahan kepada Syirah dengan syarat supaya Syirah menjauhi Marwan.

Syirin menyamar diri sebagai Syirah, kerana mengetahui bekas suami kakaknya adalah seorang ahli perniagaan. Semuanya demi wang untuk rawatan Mimi. Namun kesederhanaan dan keperibadian Syirin yang mulia, menerbitkan curiga sekaligus menimbulkan rasa cinta Emran terhadap isterinya.

Emran mengupah Shahril seorang penyiasat latar belakang Syirah, dan kebenaran yang diperolehinya semakin menguatkan cinta dan nekadnya untuk mengambil Syirin sebagai isteri yang sah.
Sinopsis belakang buku:
Lima tahun menghilangkan diri, akhirnya Syirah kembali. Namun, kepulangannya kali ini hanya seketika. Kemalangan ngeri yang telah meragut nyawanya itu telah mendorong Syirin, adik kembarnya, untuk mencari Erman, abang iparnya yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini. Dia terpaksa mencari Erman untuk melunaskan hutang yang tertunggak.
Erman pula tidak pernah mencintai isteri yang dikahwininya itu. Dia hanya mengahwini Syirah atas agenda tersembunyi yang hanya diketahui oleh mereka berdua.Apabila Syirin berjaya bertemu dengan Erman, Erman berazam untuk memenangi semula hati 'isteri'nya itu supaya agendanya mencapai matlamat yang dipersetujui bersama.
Dapatkan Syirin melayari hari-hari yang mendatang sebagai bayangan kembarnya dalam mengubah jambangan kasihnya dengan Erman di Vila Impian? Sanggupkan Syirin menghadapi risiko tersingkapnya identiti dia sebenar setelah hutang dilunaskan?
Dapatkah Seindah Gubahan Kasih untuk mengetahui sama ada perasaan sebenar antara Erman dan Syirin boleh dicampuradukkan dengan rancangan mereka tersendiri.