CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 13, 2009

Hijab Sang Pencinta


Dendam itu Bara

Marah Itu Api.

Rasa rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifuddin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak kesudahannya.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan Baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kiranya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

Hijab Sang Pencinta - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu yang sarat dengan konflik hingga ke akhir.

Cinta Sang Ratu


"Tatkala cinta berbisik
suaranya memuji Tuhan
Pabila rindu terusik
rasulnya menjadi pilihan"
Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian
Cinta Sang Ratu
laksana langit mencengkam purnama
ibarat mutiara di lautan
saujana mata memandang,
seluas langit terbentang.
Akhir kurun ke-15:
Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi, dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.
"Sebagai manusia, aku sayang kepadamu".
Awal abad ke-21 :
Bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya kini hilang sewaktu tsunami melanda Acheh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak besar itu. Hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pebgubat resahnya.
"Haryani, walau apapun yang berlaku, saya tetap mencintai dan menyayangi awak."
Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada mulanya mereka benci. Dan akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu janji?
Cinta Sang Ratu...
Mengulang kisah perkelahian di langit
yang berlanjutan kepada peperangan di bumi
semata-mata kerana cinta.

Friday, December 4, 2009

Mantera Hitam

Spirit of The Coin ... sebuah permainan mistik yang menggunakan duit syiling untuk menyeru roh orang yang sudah mati. Kehadiran roh akan diketahui apabila duit syiling yang digunakan bergerak sendiri.

Pada satu malam dalam perkhemahan di tepi sungai, Nik mengajak Hizal dan Tunku bermain spirit of the coin. Perasaan takut dan teruja saling berbaur. Walaupun Hizal dan tunku memperlekehkannya, namun naluri ingin tahu lebih menguasai.

Namun apabila bulu tengkuk meremang, mereka saling berpandangan. Serentak dengan itu, guruh berdentum di langit. Bau kemenyan menyentak ke hidung. Gerimis mula menerjah.

Akibatnya, mereka direnggut ke alam yang tidak pernah dialami selama ini. Perbuatan mereka itu mengundang kecelakaan, menjemput malapetaka yang tiada berkesudahan.

MT ... sebuah novel fiksyen fantasi yang akan membawa anda merentasi alam ghaib, sehingga berasa tidak lagi berada di alam realiti.

Tunggu Teduh Dulu


Setelah hampir setahun bersara dari membaca novel2 dek kerana kesibukan mengikuti KPLI di IPGMKBM, kini aku kembali dengan hobi lamaku, iaitu membaca novel. Buku 'Tunggu Teduh Dulu' aku baca ketika Kursus Induksi tempohari ... pinjaman seorang teman yg kukira rumahnya seperti perpustakaan ... dipenuhi dengan pelbagai buku ... novel dan juga ilmiah.

Secara jujurnya, pabila membaca novel ini ... seakan masa teramat mencemburui ... apabila memulakan sukar untuk menghentikannya tanpa mengakhirinya. Jalinan cerita dan kupasan setiap bab secara ilmiah dan islamik amat mengujakan TTD mengisahkan tentang kegigihan seorang gadis bernama Salsabila Fahim yang mengusahakan tanah peninggalan ayahnya hingga menjadi ladang betik yang menghijau.

Sal mempunyai seorang ibu tiri dan adik tiri yang bermasalah. Namun setelah kematian ayahnya, hubungan Sal dengan ibu tirinya menjadi baik tetapi tidak dengan adiknya. Teh Sofia merupakan rakan niaga dan teman rapat Sal. Malangnya timbul konflik antara mereka bila Teh Sofia meminati Kamil, seorang pegawai Mardi yg menjadi rakan sepermainan Salsabila sejak zaman kanak-kanak. Sal menjadi rebutan 2 rakan akrabnya itu iaitu Kamil (yang kuat bersyair) dan Lam (berbangsa Cina) .

Ladang betik menemukan mereka kembali apabila Kamil menjadi pegawai Mardi dan Lam pula seorg usahawan yang berminat dengan hasil daripada betik. Bermacam2 dugaan menimpa Sal seperti pokok betik diserang penyakit, perebutan 2 sahabat karib utk merebut hatinya, kehilangan Teh Sofia yg merajuk, Shahruzaman yg tak habis2 menyusahkannya, hampir menjadi mangsa rogol dan macam2 lagi yg dilaluinya.

Sazli salah seorang pekerja ladang melafazkan ungkapan cinta kepada Sal ... tapi kmdn dituduh sbg perogol kerana tercicir beg duit sewaktu ingin menyelamatkan Sal drpd menjadi mangsa. Sal akhirnya mengetahui hal sebenar dan memohon kemaafan.

Sal pergi menunaikan umrah dengan ibu tirinya dan bertemu dengan Sazli. Apabila ibu tirinya meninggal di Mekah Sazlilah yg banyak membantu Sal sewaktu keseorangan di sana. Dengan takdir Allah, cinta wujud di hati Sal dan akhirnya berkahwin di Mekah.

Bagi yg belum membaca buku ini, banyak manfaat yg bakal kita perolehi. Kegigihan dan kecekalan semangat Salsabila boleh menjadi pendorong buat kita ... khususnya buat muslimah