CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 30, 2008

Bayangan Rindu - Anis Ayuni

Sinopsis buku;

KISAH cinta Iddya yang penuh pahit manis. Cinta pertamanya dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain. Biarpun kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini. Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi ikatan itu putus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan pada diri Iddya.

Pada Umar Aisy, bekas teman sekolahnya, dia mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba. Lelaki itu sentiasa memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan. Apakah Iddya akan menemui cinta sejatinya selepas ini? Siapakah lelaki yang bertuah itu? Pepatah ada mengatakan; gadis yang baik akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik juga.

Nota : Actually tak habis lagi baca novel ni ... diuliti kesibukan dan bebanan keje ... kalau ada masa saya update kmdn.

Tuesday, October 28, 2008

Andainya KuTahu

Sinopsis belakang buku.

Ibunya murtad!
Sali Aida malu lantas menidakkan kehadiran wanita yang melahirkannya ke dunia. Padanya kasih nenek adalah segala-galanya namun bukan untuk selama-lamanya. Kedewasaan menyedarkan dia ada ruang kosong dalam hidupnya.

Sunny muncul ditengah-tengah kekosongan itu. Kehadiran Sunny untuk menyatukan dia dan ibu menyingkap nostalgia manis masa lalu. Tanpa diduga kehadiran Sunny menyemai cinta melakar rindu. Lain misi lain pula yang terjadi. Mereka hanyut membina impian yang tidak kesampaian terdampar kelemasan dilambung ombak cinta yang nyata berkesempadan....

"Ya Allah tabahkanlah hati hambaMu ini. Jauhkan aku dari kesesatan. Dorongkan aku hambaMu yang lemah ini ke jalan yang Kau redhai." Semoga Sunny juga tabah menerima perpisahan yang menyakitkan ini....
Seandainya kutahu kau memang milikku...
Seandainya kutahu begitu luhur hati ibu...
Taklah seberat ini beban penderitaan yang ku galas dibahu..

Ulasan:

Novel ini mendapat kritikan dari pengkritik buku. Tapi aku cukup menyukai jalan cerita dan gaya bahasanya. Ia memaparkan masalah keluarga Sali Aida yang beribukan seorang Cina mualaf yang tidak disukai oleh nenek sebelah bapanya. Sali Aida terpisah daripada ibunya sejak kecil sejak ibunya bercerai dengan bapanya Zain. Lalu, Sali dibesarkan oleh neneknya dengan disumbat pelbagai cerita tentang ibunya yang murtad.

Kehadiran Sunny, abangnya yang berlainan bapa, membawa Sali kembali ke zaman dia menjalani kehidupan dengan ibunya, Jenny tetapi Sali tidak dapat menerima hakikat bahawa ibunya telah murtad. Kewujudan perasaan cinta terlarang terhadap Sunny menjunamkan Sali ke dalam lurah perasaan yang tidak keruan. Mana mungkin dia jatuh hati dengan abangnya sendiri?

Sali mendapat tawaran mengajar di perkampungan di Johor. Semuanya kerana ingin lari dri perasaan cintanya pada Sunny. Pertemuan dgn Dhel, sedikit menerbitkan rasa sayang buat guru muda itu, malangnya Dhel suami orang yg bermasalah dgn isteri. Zulkifli sentiasa menagih cinta, malangnya ia mata keranjang. Jeff, abg kepada kwn baiknya, hampir dijodohkan namun akhirnya Sali menyedari bhw sayangnya pada Jeff tidak lebih dri sayang adik pada abang.

Nenek Sali telah diselamatkan oleh seorang wanita sewaktu menunaikan haji. Rupanya Allah membuka ruang di hatinya bhw Jenny menantu yg disangkanya murtad adalah muslimah sejati yg menggunakan nama Jemimah, yg juga tlh beberapa kali membantunya di Mekah. Nenek Sali insaf dan nekad menyatukan kembali kasih anak dan ibu yg lama terpisah.

Nenek Sali mengetahui kisah cinta Sali-Sunny setelah Sali terlibat dlm kemalangan. Jenny mendermakan darah buat Sali tapi merahsiakan indentiti diri. Sunny memeluk Islam dan menggunakan nama Sani. Cinta mereka direstui semua kerana Sani adalah anak kepada kakak Jenny dan bukannya abg tiri Sali.

Tuesday, October 14, 2008

Rahsia Hatiku - Maria Alina

Sinopsis blkg buku:

Novel yang penuh suka duka seorang gadis yang ingin mengembalikan hubungan kekeluargaan yang keruh ini pasti menyayatkan hati anda. Iman Najwa cuba meraih kasih sayang nenek yang menilainya setaraf dengan sampah terbuang.
Dia turut berhadapan dengan kemelut cinta tiga jejaka. Antara Alif Iskandar, Badrul dan Kamil merupakan jejaka yang paling rapat dengannya. Antara kasih sayang, cinta dan persahabatan; antara ego, cemburu dan dendam; juga antara kesetiaan, kecurangan dan pengorbanan... merupakan permainan sandiwara dalam hidupnya. Mampukah dia mengotakan janji dan impiannya menjadi suatu kenyataan? Dapatkah dia memaut sekeping hati nenek yang keras bersalut kebencian itu. Siapakah jejaka yang bertuah bertakhta di hatinya?
Ringkasan citer lebih kurang gini la ...
Ayah Iman Najwa, Bukhari dibuang keluarga kerana berkahwin dgn org kebanyakan, Rosnaida , gadis Kelantan. Rumahtangga mereka bahagia, namun jiwa Bukhari tidak tenang selagi tidak berjaya mohon kemaafan dri ibunya, Datuk Mazni. Bukhari dan Rosnaida meninggal dunia akibat kemalangan, jadi harapan tergantung pada Iman utk menyatukan balik keluarganya.
Iman dan Badrul berkawan sejak alam persekolahan lagi.
Suatu hari Iman didatangi Naila, adik ayahnya yg baru balik luar negeri ... Selesai STPM, Naila mengatur rancangan ... Iman dijadikan org gaji di rumah neneknya dlm usaha utk mendekati neneknya. Iman menjadi pembantu kepada cucu Datuk Mazni, Iskandar iaitu anak Naila. Mulanya hubungan Iskandar dan Iman keruh, tapi lama-kelamaan Iskandar menyedari banyak kelebihan dan keistimewaan pada Iman.
Pelbagai suka duka yg terpaksa Iman lalui, sehinggalah dia diterima sebagai cucu oleh Datuk Mazni. Sementara itu Badrul yg mengikuti pertukaran pelajar ke Perancis, berkenalan dgn Siti Sarah, namun cintainya tetap utk Iman w/pun Siti Sarah menaruh hati padanya. Iman dipujuk supaya menikah dgn Iman kerana Naila tidak suka iskandar berkawan rapat dgn Salina, bekas model yg dipecatnya kerana masalah disiplin.
Iman bersetuju berkahwin dengan Iskandar stlh kecewa melihat Badrul keluar dengan St Sarah. Namun mereka buat perjanjian bhw pernikahan hanya di atas kertas sehinggalah Iman habis belajar dan Iskandar selesai uruskan bisnes di London.
Hampir 2 tahun mereka berjauhan ... akhirnya Iskandar pulang. Salina memfitnah Iskandar telah membuntingkan dia dlm satu kejadian yg dirancang oleh Salina sendiri. Hanya ujian DNA yg dpt membuktikan kebenarannya. Sementara itu Iskandar melihat Badrul yg kini bekerja di syarikat mereka berdua2an bersama isterinya ... Iskandar cemburu dan menuduh mereka berzina lalu melarikan diri semula ke London. Badrul akhirnya berkahwin setelah DNA yg dipalsukan oleh Eric, kekasih Salina di London mengesahkan bahawa Shamin adalah anak iskandar.
Iman mengandungkan anak Iskandar namun tidak diakui oleh Iskandar. Zarul lahir dan membesar tanpa bapa ... namun rapat dgn Kamil, kwn lama Iman yg turut menyambut kelahiran Zarul dahulu. Selama 5 thn Shamin anak yg cacat dijaga sepenuh k/syg oleh Iskandar, sehingga berlaku tragedi, Salina menembak mati Eric kerana membuat pengakuan bhw Shamin adalah anaknya. Shamin turut mati kerana terkejut.
Iskandar insaf apabila pekerjanya Ahmad Fuad dtg ke London dan membawa gambr Zarul, yg saling tak tumpah seperti dirinya. Iskandar nekad kembali ke Malaysia, malangnya Iman akan berkahwin dgn Kamil. Kamil rela mengundurkan diri kerana tahu Iman masih mencintai Iskandar, dan Zarul sendiri lebih menyayangi Iskandar sebagai bapa.

Tuesday, October 7, 2008

Kau Sayangku-Bikash Nur Idris



sinopsis belakang buku:

KAU SAYANGKU mengisahkan seorang gadis yang pada zahirnya seorang yang periang, tapi di sebalik gelak ketawa, senda guraunya, tersimpan satu kisah yang agak pahit untuk ditelan. Adik kembarnya telah pergi bersama cinta yang tidak kesampaian dan keluarganya telah dibenci oleh ibu saudaranya sendiri.
Kehadiran Eddy Sham dan Akif Zamani telah mengocak jiwa remaja Arisa.Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menarik dan berkarisma. Mereka mempunyai impian yang sama iaitu ingin memberi dan menerima cinta. Tapi sayang... satu hati hanya berhak untuk satu jiwa.
Lantaran, Eddy Sham terpaksa mengalah dan membiarkan Akif zamani meraikan kemenangan cintanya. Sayang sekali... di saat cinta sampai ke puncak, sesuatu yang tidak diingini terjadi. Redhakah Akif menerimanya? Berjayakah Arisa mempertahankan cinta sedangkan nasib cintanya di tangan orang lain?

Nota : Buku ni pinjam kat library, tapi masa balik kampung raya tu hari ... buku ni hilang ... so tgh dlm pencarian nak gantikan balik.
Nota2 : Alhamdulillah ... balik kg baru2 ni menemukan aku dgn buku ni yg terjatuh bawah katil ... nasib baik jumpa ...

Atas Nama Cinta - Lily Suriani


Sinopsis belakang buku:

"Firas... saat kau ucapkan ungkapan cinta, aku sudah bersedia serahkan segalanya. Untuk melafazkan cinta bukan mudah. Sekali kulafaz, hingga ke nafas terakhir cinta itu masih bernada dalam hati ini. Biarpun menjadi lilin yang membakar diri dalam kegelapan hanya untuk memberikan cahaya. Demi sebuah kejujuran yang ku agungkan, aku rela..." ~ Ardini"

Ardini... kerana rindu membuatkan aku mencintai dan menyayangimu.Segenap ruang nafasku, hanya namamu yang menciptakan irama cinta nanindah. Kau menghamparkan kasih untuk aku meniti batas-bataskebahagiaan bersamamu. Hingga aku berikrar, tiada nama lain yangbersemadi di hati ini." ~ Firas.

Sukarnya Firas menakluki hati dan cinta Ardini. Pelbagai cara dilakukan agar gadis pujaan hati menjadi miliknya yang abadi.Bukankah cinta itu satu pengorbanan? Dan itulah yang menguntumkan emanisan cinta. Ijab kabul bukti bahawa cinta mereka bukan hanya di bibir.Gelora ombak dan taufan telah mengaramkan bahtera cinta mereka ketika disinari cahaya bahagia. Namun, mengapa ada insan yang mencemburui keindahan cinta mereka? Mengapa perlu ada duri-duri yang menghalang mereka ke puncak kasih hingga hati mereka tercalar luka?Atas nama cinta, mereka berpegang teguh pada janji setia...

Mengisahkan Ardini yg sgt rapat dgn Abg Zahin yg merupakan sepupu dan saudara sesusuannya. Zahin kehilangan ibu bapa sejak kecil dan dijaga oleh ibu saudaranya yg memberi kasih sayang tak berbelah bagi.Keakraban Ardini dan Zahin sering disalahertikan.

Firas sudah terpikat bila pertama kali bertemu Ardini yg bekerja di bank. Macam2 usaha dibuat utk memikat hati Ardini. Ardini tak suka dikacau oleh jejaka 'gorila' (panggilan kerana badan Faris yg besar) , tapi dari hari ke hari dia dah pandai rindu rinduan kalau tak diusik oleh Firas. Zahin tergelak besar bila jejaka yg paling dibenci tu lah yg menjadi pilihan hati Ardini. Perhubungan ini asalnya mendapat tentangan keluarga Ardini terutamanya abangnya Arfan, kerana tubuh badan Firas yg besar dirasakan tidak sesuai dengan tubuh cilik Ardini.

Ardini nekad dengan keputusannya. Mereka akhirnya berkahwin dan melayari alam suami-isteri dengan bahagia. Baru beberapa bulan usia perkahwinan mereka, Firas terkena ilmu hitam yg dikenakan oleh Najihah utk mengikis kekayaan Firas. Firas tak dapat mengawal perasaan sendiri, dia sentiasa keliru dgn keadaan dirinya, setiap kali bersama Ardini, dia akan terbayangkan Najihah dan Ardini yang disayanginya sering disepak terajang.

Ada masa Firas seolah tersedar dan menyesal kerana dia sangat menyayangi Ardini. Dini tetap tabah walaupun Firas meminta utk berkahwin dengan Najihah. Keluarga Firas dan Ardini tidak dapat berbuat apa2 kerana Firas akan mengamuk sekiranya kemahuannya dihalang. Selepas Firas menyerahkan 40% sharenya kepada Najihah, Najihah membatalkan perkahwinan dan meninggalkan Firas yang telah kehilangan segala-gala yg diusahakannya.

Firas tertekan dan terpengaruh dgn pengambilan pil dadah. Semua ini adalah angkara Habibah yg mencintai Firas tetapi tidak dilayan. Habibah bersekongkol dengan Malik, teman sekampung Ardini yg pernah cuba utk merogol Ardini kerana cintanya tidak berbalas, namun berjaya diselamatkan oleh Firas yg sentiasa mengekori Ardini sebelum cintanya disambut dahulu.

Dini tetap tabah dan cuba menggunakan kekuatan cintanya utk memujuk Firas. Walaupun mengambil masa, Firas akhirnya akur dan masuk 'Rumah Penyayang' supaya dia dapat dipulihkan dan cinta mereka dapat dipulihkan juga. Setiap minggu Dini menjenguk Firas dengan membawakan makanan, malangnya Firas nekad utk tidak bertemu isterinya sepanjang tempoh pemulihannya. Habibah dan Malik ditangkap polis atas maklumat Firas dan dihukum gantung.

Keluarga Firas yg mengetahui hal itu, malu dengan kelakuan Firas mendesak Dini utk meminta fasakh , begitu juga dengan keluarga Ardini yg geram kerana anak mereka seolah digantung tidak bertali. Dari sehari ke sehari berlanjutan sehingga dua tahun, Firas tabah menghadapi siksaan gian angkara dadah manakala di luar Dini tabah menepis kata2 kasar dan pandangan serong orang terhadapnya.

Dini berhenti kerja dan menggunakan kuasa 60% sharenya dalam syarikat Firas dan memajukan perniagaan itu. Keengganan Firas bersemuka dgnnya amat memilukan hati Dini tapi kasihnya tetap utuh utk Firas sehinggalah muncul semula Haikal, rakan seuniversitinya yg memang menaruh hati pd Dini. Hubungan mereka menjadi akrab dan dia melamar Dini. Dini membuat sembahyang istikharah dan membuat keputusan utk terus menunggu Firas.

Firas akhirnya kembali ke pangkuan Ardini. Pertemuan semula setelah 2 tahun berlalu mengejutkan Dini kerana Firas telah berubah fizikalnya... kembali dgn susuk tubuhnya yg lebih kurus dan macho. Sementara itu Haikal yg kecewa dengan penolakan Ardini telah menceroboh masuk ke rumah Ardini utk merogol Ardini tanpa mengetahui bahawa Firas telah pulih dan berada di rumah. Ardini diselamatkan oleh Firas dan Haikal malu dengan perbuatannya.

Kini Faris lebih bertanggungjwab dan sanggup berhadapan dgn keluarga Dini yg sudah hilang kepercayaan kpd Firas sehingga pernah memaksa Dini bercerai dgn Firas. Mereka berbulan madu di Bukit Larut dan kembali ke kampung sewaktu majlis perkahwinan Zahin. Walaupun penerimaan keluarga Ardini agak dingin, namun Firas berusaha menunjukkan kesungguhannya sehingga diterima baik oleh keluarganya dan keluarga mertuanya.

Kerana Terluka - Aida Adriani


Sinopsis belakang buku:

NUDRA HANEEM... hidupnya sering saja diduga. Bahagia baginya bagaikan bintang yg bertaburan di langit; indah tetapi tidak tergapai dek tangan. Sedari kecil hidup tanpa kasih sayang ibu & ayah, sekadar menumpang kasih org dan bila dewasa, kasih dan cintanya diuji lagi.

Kehadiran ISKANDAR memberikannya kebahagiaan di saat diri memerlukan perhatian. Namun rahsia keluarga yg tersimpan sekian lama telah menguji kasih Iskandar padanya. Antara kasih ibu dan kasih kekasih yg manakah harus dikorbankan? demi maruah, demi agama, sanggupkah cinta jadi taruhan?

"Cinta bukan matematik Nudra. Satu cinta bahagi dua bukannya setengah.""Saya juga bimbang Is, kalau kekuatan saya hilang dalam keadaan payah begini."bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Ah... tapi tidak selamanya hati teguh andai cinta terus-terusan diuji. Sekali terluka parutnya tinggal sampai bila2. lalu apa lagi yg terbaik selain nekad mengikut kata hati? Kerana... itu adalha lebih baik daripada merelakan diri hidup bahagian dalam kepura-puraan!

Satu novel yang menarik ... walaupun sesekali geram sangat dgn watak Iskandar yg tak teguh pendirian dan juga ibunya Dr Mardiah ...

Nudra Haneem... hanya nama itu yang mengisi ruang hati Iskandar sejak sekian lama. Cinta yang bersemi di hati ingin sekali dibajai. Gadis idaman ingin sekali dimiliki.

Nudra tinggal bersama neneknya Wan Anum Sophia,, tokey kedai emas yg kaya raya. Nudra yg disangka lahir dari perbuatan sumbang anaknya, dibenci sepenuh hati, manakala Nabila cucu dari anak bungsunya Shahirah, ditatang bagai minyak yg penuh. Nudra ni baik, terlalu baik sehingga boleh diperkotak katikkan sesiapa saja. Dia sentiasa bersikap menerima saja apa yg ada.

Kerana sekeping poskad dari Iskandar yg belajar di luar negara, neneknya naik darah dan menghantar Nudra ke rumah tuk ayah, adik iparnya yg mempunyai pondok pengajian agama di kampung. Nudra sangat disayangi oleh tuk ayah. Iskandar yg ingin mendekati Nudra, memilih utk belajar agama di pondok tuk ayah. Iskandar akhirnya melamar Nudra dan lagi sebulan utk mendirikan rumahtangga.

Namun angkara nenek Sophia yg memberitahu keluarga Iskandar Nudra adalah anak sumbang mahram, Dr Mardiah, ibu Iskandar nekad memutuskan pertunangan. Apatah lagi pak Long Nudra bernama Safuan tiba2 muncul dan mengaku bahawa Nudra adalah anaknya. Namun ibu Nudra, Munirah berasakan bahawa Nudra adalah anaknya yg sah bersama suaminya Eusof yg kini hilang membawa diri kerana tidak disukai oleh nenek Sophia.

Syamer, sepupu yg rapat dengan Nudra pernah memberitahu Munirah bahawa ia menemui seorang lelaki di Amsterdam bernama Eusof dan menunjukkan gambar perkahwinannya dengan Munirah. Munirah meminta Syamer mencari Eusof kerana hanya Eusof yg boleh membuktikan Nudra adalah anaknya yg sah. Syamer kembali ke Amsterdam, malangnya Eusof sudah meninggal dunia. Namun Iskandar dan Nudra lega pabila mengetahui bahawa Nudra adalah anak Munirah-Eusof.

Iskandar kembali melamar Nudra. Ibunya akur dlm terpaksa & dia mahu Iskandar merahsiakan perkahwinan itu. Iskandar di KL dan Nudra di Muar. Setiap kali Iskandar ingin menemui Nudra, bermacam2 halangan dan alasan yg dicipta oleh ibunya.
Kemudian, ibu Iskandar memaksa dia mengahwini Melissa, sepupunya yg baru kembali ke agama Islam setelah sekian lama menghilangkan diri bersama ayahnya ke luar negara. Iskandar seperti separuh hati saja menolak. Dgn izin Nudra, dan tanpa pengetahuan Lissa, Iskandar memadukan dua wanita itu.

Iskandar memberi alasan dia mengahwini Melissa kerana dia tak mahu melukakan lagi hati ibunya yg pernah dilukainya dgn mengahwini Nudra. Lebih sedih lagi, Melissa ni dihantar belajar mengaji dan mendalami agama di rumah Nudra. Kesian Nudra menahan rasa setiap kali tengok Melissa mesra dgn Iskandar. Iskandar pun layan jer dan buat2 mcm tak ada apa2 dgn Nudra. Melissa yg tidak mengetahui cerita sebenar sgt menghormati dan menyayangi Nudra.

Kerana sukar berulang alik, Iskandar menyewakan rumah di Shah Alam untuk Nudra. Namun jarang menemui Nudra. Balik dari perkelahan di Bentong, Iskandar tiba2 saja menghilangkan diri (dengan alasan atas arahan ibunya yang tak mahu dilukai lagi setelah melukai hati wanita itu semasa mengahwini Nudra). Nudra ditinggalkan begitu saja tanpa khabar berita. Akhirnya Nudra mengetahui bahawa Iskandar ada di Jerman. Talian telefon rumah Nudra dipotong tanpa pengetahuannya dan kemudian dihalau dari rumah sewa dengan alasan adik tuan rumah ingin menginap di situ. Nudra terpaksa kembali ke rumah tuk ayah dan membuka butik pakaian bersama Hannah dengan modal dari Munirah.

Sementara itu setelah 5 bulan Iskandar di jerman, dia terasa rindu pada Nudra lalu kembali ke rumah Nudra (Lissa yg sedang sarat mengandung ditinggalkan di luar negara). Nudra marah tapi kerana sayang dan cintanya dengan Iskandar, dia menerima alasan Iskandar yg kononnya dipaksa ke luar negara oleh ibunya. 4 hari di Malaysia, Iskandar kembali ke Jerman tanpa mengirim sebarang berita utk Nudra.

Nudra pregnant selepas kembalinya Iskandar ke Jerman. Iskandar hanya mengetahui kehamilan Nudra yg kini sudah 5 bulan sewaktu menghubungi Nudra semasa hari raya. Iskandar dan Melissa kembali ke Malaysia tetapi Nudra hanya dikunjungi sebulan selepas itu kerana Lissa yg ingin bertemu Nudra. Nudra menerima kembali Iskandar walau banyak janji yg dimungkiri oleh Iskandar setelah mengetahui Lissa kehilangan anak dlm kandungannya kerana terjatuh sewaktu Iskandar balik ke Malaysia tempohari.

Nudra kembali menyewa di Shah Alam supaya mudah Iskandar menemuinya. Pertengkaran antara Iskandar dan ibunya membongkarkan segala rahsia kepada Melissa. Melissa tidak dapat menerima hakikat dia dibohongi oleh lelaki yg baik seperti Iskandar dan bermadu dgn Nudra. Dia mahu Iskandar membuat pilihan, tetapi Iskandar menyayangi kedua2nya. Melissa melarikan diri ke JB dan bertemu dengan Nabila yg kini sudah menjadi penagih dadah akibat angkara teman lelakinya.
Nudra menasihati Iskandar supaya memujuk dan mencari Melissa di JB. Semasa Iskandar di JB, Dr Mardiah ke rumah sewa Nudra utk mencari Iskandar. Semasa itu Nudra mengalami ketegangan dan kesakitan di perut. Semua kemarahan dan kebencian Dr Mardiah hilang melihat kesakitan yg ditanggung oleh Nudra lalu menolong menghantarnya ke hospital. Nudra dibawa pulang dan dijaga oleh ibu Iskandar.
Sementara itu Iskandar gagal memujuk Melissa kembali dan memberikan keizinan Melissa utk menenangkan diri. Melissa tinggal di rumah Nabila dan berusaha memujuk Nabila utk kembali ke pangkal jalan dan berubat di rumah pemulihan. Nabila insaf dan bersetuju utk memulihkan diri.
Shahirah, ibu Nabila telah mengakui kepada nenek Sophia bahawa Nabila adalah anak sumbang mahramnya dengan Safuan, yg menjadi tempat pemuas nafsunya kerana suaminya Hasani adalah suami yg lemah tenaga batin. Dia memfitnah Munirah kerana takut rahsianya terbongkar. Sejak itu, nenek Sophia sering jatuh sakit dan menyesali perbuatannya yg zalim kepada Munirah dan Nudra.
Nudra selamat bersalin anak lelaki diberi nama Lukmanul Hakeem ... semasa berpantang, nenek Sophia dan Syamer berkunjung ke rumah ibu Iskandar utk memohon maaf atas segala salahnya pada Nudra. Melissa kembali ke rumah utk meminta maaf terhadap Iskandar dan nekad utk meminta cerai kerana ingin menjaga ayahnya yg uzur di Perancis. Melissa rela berkorban kerana ingin menebus dosanya kerana merampas hak Nudra selama ini.