CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 13, 2008

Asmara Yang Pertama


Sinopsis belakang buku:
Engkau adalah lelaki terakhir yang aku harapkan dalam hidupku yang sekali ini.
Aku rindukan asmara kita yang hanya satu malam itu. Biarpun di luar kerelaan ... namun bukan paksaan bila aku menyerahkan segala yang kau miliki untuk kau terokai. Antara rela dan terpaksa ... antara malu dan keliru, aku buka ruang-ruang intim antara kita. Keasyikan yang kau rasakan ... keindahan yang engkau ciptakan ... membibitkan bisikan-bisikan yang sukar untuk kau dan aku jelaskan. Malam yang telah berjaya membuktikan bahawa aku masih rupawan. malam pertama yang cukup membahagiakan... mengasyikkan. Walau hanya lapan belas jam dan lima saat asmara kita yang pertama bermula.

Nota:
Maaf kalau aku katakan antara buku yang amat membosankan. Jalan cerita yang bagus, tapi cara penceritaan menimbulkan rasa boring, berbelit-belit dan serasa tak logik. Mengisahkan tentang kerabat bangsawan, Puteri Ratna dan Tengku Farris yang ditunangkan tanpa rela. Ratna bercinta dengan Kamal dan Farris hatinya telah terpaut dengan Matielda.

Namun Kamal adalah lelaki pengecut, tidak berani berhadapan dengan keluarga Ratna demi cinta mereka, w/pun pelbagai pengorbanan Ratna lakukan, manakala Matielda seolah mempermainkan Farris, sekejap kasih sekejap menghilang. Farris adalah bos di tempat kerja Ratna, namun permulaan perkenalan bermula dengan pertelingkahan, menyebabkan Ratna amat membenci Farris.

Farris dan Ratna saling tidak mengetahui bahawa mereka adalah pasangan bertunang, malahan tidak pernah ingin mengetahui siapakah tunang mereka. Ratna dipaksa oleh keluarga, dan Farris tidak sanggup mengatakan tidak pada bonda yg amat disayanginya. Akad nikah tetap terjadi namun Ratna tetap dengan egonya.

Selepas akad nikah, Kamal datang dengan pujuk rayu, konon ingin bertanggungjawab atas keterlanjuran mereka, namun Ratna menafikan sekerasnya fitnah ke atasnya. Walau sedalam mana cinta, dia tidak rela menggadai maruah diri dan keluarga. Ratna membuktikan kepada Farris bahawa dia masih suci.

Pelbagai peristiwa berlaku dlm tempoh 18 jam, sehingga menghilangkan ego Ratna berganti rasa cinta yg datang tanpa diundang terhadap Farris. Namun berlakunya satu tragedi, Farris menyelamatkan Ratna dari dilanggar lari, Ratna selamat dan Farris didakwa oleh keluarga sudah meninggal dunia.

Ratna melalui tempoh 5 tahun dengan semangat yg sedikit, itupun demi anaknya Mimi yg tidak pernah mengenali ayahnya. Pertemuan dengan Lufti Hakimi, menyakinkan Ratna bahawa Farris masih hidup. Lufti Hakimi sudah berkahwin dengan Mayang Sari@Matielda, kakak Ratna sendiri yg sudah lama melarikan diri dari keluarga setelah mengetahui dia hanya anak angkat.

Kebenaran terserlah, Lufti Hakimi adalah Farris yg telah hilang ingatan. Semuanya angkara Mayang@Matielda yg berdendam dengan keluarga Ratna, kemalangan itu dan letupan bot yg menyebabkan kematian kedua abang Ratna dan pelbagai lagi yg dilakukan oleh Mayang untuk membolot harta keluarga Ratna.

Ketulusan hati Ratna yg sanggup berkorban demi kasih kepada kakaknya Mayang, tidak berbaloi. Sanggup mendermakan tulang sum-sum demi mengubat penyakit leukemia Mayang, menoreh muka sendiri kerana Mayang benci dengan kecantikannya yg menyebabkan Lufti Hakimi seolah berubah, tetapi Mayang tetap dengan hatinya yg busuk. Mimi diculik, Ratna diserang dengan pisau, hampir disimbah asid di muka dan di bakar hidup-hidup. Ratna masih hidup kerana berjaya melepaskan diri sebelum dibakar oleh Mayang.

Mayang menerima pembalasan setelah kansernya sudah merebak ke organ lain. Farris menemui jati dirinya yg sebenar di Zoo Negara, tempat kenangan pertamanya dengan Ratna. Keluarga memaafkan Mayang atas permintaan Ratna dan selamat menjalani pembedahan. Mayang selamat, manakala perjalanan takdir Ratna berakhir dalam lena angkara darah beku di otaknya.

0 comments: